DI AJAK PELUK AGAMA LAIN - Amy Search Kecewa Dengan Perangai Nabila

"Saya tidak tahu dan dah malas. Saya tak mahu komen apa-apa," begitulah luahan bapa kepada Nabila Huda iaitu Amy Search mengenai perkembangan terkini anaknya itu. 

Ternyata, tugas sebagai bapa sememangnya agak berat untuk ditanggung oleh Amy. Ini kerana, apa sahaja keburukan yang tersebar tentang anaknya itu pasti dia juga terkena tempiasnya. 

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media. 

Klik gambar untuk size besar


"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia. 

"Berita mengenai Nabila diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui oleh saya pada hari ini (semalam)," tambah Amy lagi seolah sudah serik memberi nasihat. 

Bukan apa, sebelum inipun Amy sudah pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu... tetapi tidak berhasil. 


Mendengar butir bicara Amy itu, ia seolah membayangkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini. 

Bahkan ini bukan kali pertama Nabila dilanda kontroversi, malah ada sahaja kontroversi baru yang diciptanya. 

Ia termasuklah salah seorang pengikut laman Instagramnya, bernama Darian Christ telah mengajak Nabila untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya. 

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia ajakan serius atau sekadar untuk menyedarkan Nabila daripada terus bermimpi. Allahu a'lam! 

Sumber www.myartis.com

20 Responses to "DI AJAK PELUK AGAMA LAIN - Amy Search Kecewa Dengan Perangai Nabila"

  1. kepada Amu search.....jangan berputus harap...walau macamana buruk pon dia tetap anak Amy..kalau Amy sebagai bapa atau ibu tidak mengindahkan Nabila, siapakah di dalam dunia ini yang akan pedulikan dia? inilah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa...anggaplah ini ujian Allah kepada Amy...jangan sekali kali Amy melepaskan tanggungjawab Amy sebagai bapa.....berusahalah...memang berat ..memang perit...tapi berusahalah walaupon seperlahan siput...but you have got to try Amy...you are all she got....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan pandangan…….akhirnya juga di akhirat allah akan tanya juga tanggungan dan jagaan dibawahnya.
      allahualam!!!!

      Delete
  2. Setuju dengan saridah...buruk baik anak sedikit sebanyak dipengaruh kita sebagai ibubapa...jgn mengalah...terus bimbing...klo dlu salah...mungkin sekarang boleh betulkan...smoga segalanya dipermudahkan buat amy search dan keluarga

    ReplyDelete
  3. Salam Amy.......apa pun cuba sedaya mampu , demi anak dan amanah ALLAH,awak kena tunaikan kewajipan menegur dan seterusnya membimbing Nabila ke jalan keredhaan ALLAH , Insyaallah ALLAH akan bantu..........

    Untuk Nabila.....kita didunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran serta kealpaan......sementara ada masa nie , fikirkan sebelum semuanya terlambat.......saya doakan keduanya mendapat bantuan ALLAH..........

    ReplyDelete
  4. Bro amy libas sekali nabila tu dgn getah paip....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang zaman moden mana ade pakai libas semua ni.. ini menyebabkan anak2 semakin stress apabila duduk serumah dengan ibubapa

      Delete
    2. Tula zaman skrg sume anak manje blake. sygkn ank x bertempat. akhirnye kne pijak dgn ank sndri. Libas n tampar je sekali. Di mase akan datang die akan paham pe tu mksud di sebalik tamparan itu. Anak2 stress? Tu pndangan tuk jgke mse pendek.

      Delete
  5. jangan perna mengalah abng amy, itu cuma satu dugaan hidup yg allah berikan pada hambahnya, jgn biarkan anak anda memeluk agama lain, allahuakbar ! ,

    ReplyDelete
  6. Even saya baru nak jadi seorang ibu, bagi saya, uncle Amy kena juga tegur Nabila.. Saya ada baca mengenai komen lelaki itu yang mengajak Nabila masuk Kristian... Di Instagram beliau juga ada ambil gambar Nabila, seolah-olah memujuk Nabila untuk menukar agama. Tapi saya yakin, Nabila masih tahu siapa dirinya.. Mungkin cara beliau menghilangkan stress kerja dengan cara berparti sana sini... Harap2 uncle Amy tak putus2 utuskan doa untuk Nabila...

    ReplyDelete
  7. Sebenar di sebalik org itu perli nabila yg x mencerminkan serg perempuan islam..

    ReplyDelete
  8. Sebagai bapa jangan putus asa teruskan berdoa kepada Allah.Yang merubah hanya Aallah.Allah suka pada Hamba Nya yang berdoa.

    ReplyDelete
  9. Manusia mmg sng dihasuti dgn setan ....anak muda zaman sekarang mmg kuat pengaruh dgn keegoan dunia.... Tetapi kepada abg Amy . . saya tau abg x kan mampu buat apa apa pon ...abg jga mesti malu...sebaliknye abg berdoa je la bang ...insyaallah die berubah...x pon kene musibah baru nk berubahh...itu lah MANUSIA PENDUSTA…… saba je laaa haha

    ReplyDelete
  10. Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah bila dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya..
    Leka dan Lalai dgn dunia..dunia..dunia.. semoga abg amy tabah dan nabila berubah..

    ReplyDelete
  11. Jangan putus asa bro..... cuba sehabis baik.......

    ReplyDelete
  12. AMANAH ILLAHI takkan pernah terrputus dari seorang BAPA kepada ANAKnya...walau apa pon yg terjadi...AMANAH tou tetap AMANAH....Siapa lah kita di bumi ALLAH ni..? Kembalilah kiter berdoa dan memohon dengan penuh keikhlasan dan keyakinan...bahawa ALLAH SWT tidak akan membiarkan hambanya yang pasrah kepadaNYA..terumbang ambing tanpa pedoman...ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA...tetapi hambaNYA yang menzalimi diri sendiri dan mengabaikan AMANAH yang diberi...InsyaALLAH...ilmu ILLAHI tak terjangkau hambaNYA...DIA maha mengetahui segalanya...Wallhu'alam.

    ReplyDelete
  13. mcm mana dia nk sedar..job byk sbb dia bgs kerja dan ada disiplin kononnya..ialah sb b minat dia kan..peminat pun suka dgn "LAKONANNYA".penerbit pun asyik ambil dia ja..mcm x bagi peluang org lain tonjolkan bakat..dia ja yg berbakat..

    ReplyDelete
  14. dugaan.....masa muda lupa pada agama....bila dah berkeluarga dan dapat anak...anak ikut sama jejak langkah malah lebih teruk.....bertaubat nasuhah minta ampun pada allah dengan ikhlas dan doa supaya diberi hidayah pada semua ahli keluarga

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.