Sofi Jikan Menjadi Seorang Kaki Buli
Pernah menjadi seorang kaki buli, Sofi Jikan memohon maaf kepada junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana pernah melakukan perbuatan tersebut di sekolah itu.
Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.
“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.
“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.
Beliau juga bersyukur untuk memasuki industry perfileman yang membuat beliau menjadi lebih baik danbeliau juga mempunyai niat untuk memperbaiki diri.
Sumber kezoom.blogspot.com
0 Response to "Sofi Jikan Menjadi Seorang Kaki Buli"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.