Abby Nafi Cakar Bekas Suami

Semalam, bekas suami Abby Abadi, Noor Farhan mendedahkan kepada umum bahawa dirinya ‘didera’ oleh Abby sebelum bercerai. RUJUK SINI.

Namun, masyarakat tidak perlu menunggu lama bilamana Abby dengan pantasnya menafikan kenyataan bohong bekas suaminya itu.

Sungguhpun Farhan mendedahkan kes dera itu dengan beberapa gambar sebagai bukti, ramai yang meragui akan bukti yang dikongsikan tersebut.

Melalui laman Instagram, Abby mendakwa 95% dakwaan bekas suaminya itu hanyalah rekaan semata-mata yang dilihat cuba mencemarkan imejnya. Tambahan, Abby mengakui bekas suaminya itu sudah terbiasa menipu.

“Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata”



“Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja”
“Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti & saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya,” tulis Abby Abadi.
p/s: bahana kahwin muda



Sumber mymediahubonline.blogspot.com/

0 Response to "Abby Nafi Cakar Bekas Suami "

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.