Lionel Messi Terkeliru Dengan Peminat Mirip Ronaldinho

Penyerang berbisa Argentina, Lionel Messi turut berdepan dengan kejadian lucu yang tersendiri apabila telah tersalah anggap seorang peminatnya sebagai Ronaldinho, bekas rakan sepasukannya dari kelab Barcelona.

Pasukan Argentina ketika itu sedang menjalani latihan sempena kejohanan Piala Dunia 2014 di hadapan peminat dan pihak media di Stadium Belo Horizonte, Brazil.

Selepas selesai melakukan aktiviti kecergasan ringan, skuad tersebut telah diserbu sebahagian peminat dan secara tiba-tiba Messi menegur seorang peminat, Robinson Oliveira yang disangkakan sebagai Ronaldinho.

Oliveira yang memang kelihatan mirip Ronaldinho berkata ketika dia menghampiri Messi, Messi menegurnya, “apa yang awak buat di sini untuk bertemu saya” kerana menyangkakan dia sebagai Ronaldinho.

Sejurus selepas itu, Oliveira telah ditarik keluar oleh pengawal yang bertugas menjaga keselamatan skuad Argentina pada sesi latihan itu.

Hai, macam-macam..

Sumber http://mynewshub.my/

0 Response to "Lionel Messi Terkeliru Dengan Peminat Mirip Ronaldinho"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.