Tunku Jalil Minta Namanya Tidak Dijadikan Publisiti Murahan Artis

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 24, mendedahkan enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana artis atau selebriti.

Sebelum ini terdapat gosip mengatakan seorang selebriti wanita sedang menjalin hubungan rapat dengan putera raja dari Selatan Semenangjung itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Tunku Jalil mengatakan beliau tidaklah mempunyai hubungan rapat seperti yang didakwa artis wanita itu.

Sebaliknya, Tunku Jalil mengatakan beliau tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan dengannya.

Memetik Berita Harian, Tunku Jalil berkata, “kami tidak rapat seperti yang diperkatakan. Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan malah menggunakan nama saya untuk meraih publisiti murahan”.

“Memang saya ada berkawan dengan beberapa artis termasuklah artis lelaki dan perempuan, namun saya percaya kepada mereka kerana selama ini mereka tidak pernah menggunakan nama saya untuk dibanggakan kepada media atua menerusi medium sosial mereka.



“Bagi saya, orang sepertinya (artis wanita tersebut) ini sengaja mahu mencari publisiti apabila sedar namanya kini sudah tidak diperkatakan media atau masyarakat.

“Biasanya orang yang buat macam itu, ingin mencari publisiti murahan. Bila namanya tidak naik, dia akan mencari orang kenamaan hanya untuk membangkitkan namanya. Perkara ini sudah banyak kali terjadi kepada saya dan tidak hairan, cuma jangan sampai orang Johor berpandangan negatif kepada saya, sebab apa yang diperkatakan itu tidak benar,” ujar beliau lagi.

Yang menjadi persoalan di sini, siapakah selebriti wanita yang dimaksudkan oleh Tunku Jalil?

Kalau diikutkan Tunku Jalil memang sering berkongsi gambar beliau bersama banyak selebriti tempatan di laman sosial Instagramnya.

Yang mana satu ya? 

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Tunku Jalil Minta Namanya Tidak Dijadikan Publisiti Murahan Artis"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.