Kegembiraan Menipu Pasangan Gay Terharu Melihat ‘anak Dilahirkan

Pasangan gay terharu melihat ‘anak mereka’.....

BJ Barone dan Frankie Nelson merasa ‘gembira dan terharu’ yang bersangatan dengan kelahiran ‘anak mereka’ yang kemudiannya diberi nama sebagai Milo.
‘Kegembiraan’ yang tidak dapat dibendung itu terserlah apabila mereka menemui ‘anak mereka’ yang baru dilahirkan oleh ibu tumpang kepada Milo.

BJ Barone dan Frankie Nelson memasuki bilik bersalin tanpa berbaju untuk mendukung dan mendakap Milo kerana mempercayai bahawa sentuhan kulit-ke-kulit membantu mempertautkan hubungan ikatan di antara anak yang baru lahir dengan orang tua (ibu) mereka.

Beberapa perkara :

1- Pasangan ini adalah perhubungan terlarang yang songsang di antara 2 lelaki yang sesama jenis dan adalah mustahil untuk mereka berdua memiliki anak atau zuriat mereka sendiri.

2- Mereka berdua boleh mengeluarkan benih lelaki (sperma) kerana bertepatan dengan kejadian lelaki ciptaan Tuhan. Mereka terpaksa mendapatkan khidmat seorang penderma wanita (ovum donor) untuk benih perempuan (telor atau ovam) bagi memastikan proses ini boleh berlaku.

3- Oleh kerana tiada di kalangan mereka mempunyai rahim (uterus) dan sistemnya maka persenyawaan telah dilakukan di dalam tabung uji (In-Vitro Fertilisation) atau lebih dikenali sebagai IVF.



4- Sebagai lelaki, tiada di kalangan mereka yang oleh mengandung. Mereka telah mengenap-pasti seorang wanita yang bersetuju untuk mengandungkan ‘anak mereka’ sebagai ibu tumpang (surrogate mother).



5- Setelah persenyawaan bayi tabung uji dilakukan, maka embrio (awal janin - benih yang telah dipersenyawakan) dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang untuk pembesaran, perkembangan dan kematangan janin sebelum ‘anak’ ini dilahirkan 9 bulan kemudiannya.

Beberapa persoalan :

1- Siapa bapa Milo ?

A- BJ Barone 
B- Frankie Nelson

2- Siapa ibu Milo?

A. Penderma uvum (ovum donor)
B. Ibu tumpang (surrogate mother)

3- Milo anak siapa sebenarnya?
A. Barone dan penderma ovum
B. Barone dan ibu tumpang
C. Nelson dan penderma ovum
D. Nelson dan ibu tumpang

4- Adakah Milo memiliki hak harta pusaka kepada :

A. BJ Baron
B. Frankie Nelson
C. Penderma ovum
D. Ibu tumpang
E. Semua di atas

5- Siapakah yang akan menyusukan Milo? (Soalan tambahan N.A.H)

A. BJ Barone
B. Frankie Nelson
C. Penderma Ovum
D. Ibu tumpang
E. Botol susu

Dan seribu satu persoalan lagi. Namun begitu, saya tetap bersimpati dengan Milo yang tidak bersalah dan akan berhadapan dengan pelbagai kekeliruan dalam hidupnya di masa depan.

A- Apa kata para menteri, para ilmuan, para hakim dan para peguam serta penggubal undang-undang, pejuang hak asasi kemanusiaan, para pendidik, para ibu bapa, orang ramai dan semua yang membaca di sana?

B- Undang-undang siapakah yang lebih baik dan sempurna untuk manusia sejagat dan alam sekelilingnya?


Sumber 

Ikatan Muslimin Malaysia

0 Response to "Kegembiraan Menipu Pasangan Gay Terharu Melihat ‘anak Dilahirkan"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.