‘Imashima Lola’ – Inikah Akaun Facebook Ibu Remaja OKU Terabai?

SEDANG kami sibuk melayari beberapa laman Facebook berkaitan dengan remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, beberapa individu menerusi ruangan komen memaklumkan ibu remaja terbabit turut mempunyai akaun sosial itu.

Menurut mereka, wanita tersebut menggunakan nama ‘Imashima Lola’.

Ternyata akaun tersebut sememangnya wujud dan kami turut menemui gambar yang memaparkan wajah wanita yang dipercayai ibu remaja tersebut.




Pada masa yang sama, terdapat beberapa keping gambar lain yang dimuatnaik yang kami percaya merupakan remaja OKU terbabit.

Bezanya, gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 tersebut memperlihatkan sisi yang cukup berbeza kerana dia dilihat lebih berisi dan terurus.



Ia sekaligus membuatkan kami tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut jauh berbeza dengan apa yang ditemui oleh pihak Jabatan Imigresen, semalam.

Biarpun belum ada kenyataan sahih mengesahkan bahawa akaun tersebut milik ibu remaja terbabit, namun kami yakin dialah pemiliknya.

Memang banyak persoalan yang berlegar dengan penemuan akaun terbabit termasuklah:

1. Bagaimana si ibu boleh kelihatan agak bergaya sedangkan anaknya dibiarkan memakai pakaian reput?

2. Mengapa si ibu mempunyai masa untuk melayari laman sosial berbanding menguruskan anaknya yang dibiarkan tinggal dalam bilik kotor?

Apapun, mungkin hanya wanita itu sahaja yang mampu memberikan jawapan tepat mengenai perkara ini. Wallahu a’lam…

Sumber mynewshub.my

0 Response to "‘Imashima Lola’ – Inikah Akaun Facebook Ibu Remaja OKU Terabai?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.