Rosalinda Penyanyi Seksi Didenda RM1,000 - Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang

Bagi peminat Dikir Barat, nama Rosalinda tidak perlu diperkenalkan lagi.

Rosalinda dikenali sebagai penyanyi dikir barat wanita yang sudah menghasilkan album sendiri dan banyak video nyanyiannya telah dimuat naik di YouTube.

Populariti Rosalinda bagaimanapun bukanlah disebabkan genre dikir barat yang dipilihnya sahaja tetapi disebabkan dia akan bergelek sakan dan memakai pakaian seksi maut persis penyanyi dangdut Indonesia apabila beraksi.

Pakaian mencolok mata yang gemar dikenakan Rosalinda akhirnya membawa padah apabila dia dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam.

Hakim turut menasihatkan wanita yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini supaya menghentikan persembahan melampaui batas agama.

Sebelum itu Rosalinda atau nama sebenarnya Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, mengaku salah melakukan kesalahan tersebut. Dia membayar denda dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam, 7 Mei lalu.



Sumber mynewshub.my

0 Response to "Rosalinda Penyanyi Seksi Didenda RM1,000 - Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.