Konon Bercinta Dengan Anak Raja – Lufya Tampil Cover Malu!

SEMALAM, kami ada berkongsi mengenai kenyataan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 24, yang menafikan dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang selebriti wanita.


Beliau turut menyelar tindakan selebriti tersebut yang dikatakan sengaja menggunakan namanya bagi meraih publisiti murahan.

Ia sekaligus mengundang pertanyaan siapakah gerangan wanita yang dimaksudkannya itu?

(BACA:  Tunku Jalil Minta Namanya Tidak Dijadikan Publisiti Murahan Artis)

Rupa-rupanya, tak lain tak bukan penyanyi Lutfyah Sheikh Omar, 29, atau Lufya AF6.

Waduh, tak tahulah mana nak letak muka kalau kami berada di tempat Lufya!

Bagaimanapun, menerusi mStar Online, penyanyi itu menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan bercinta dengan putera raja tersebut, sebaliknya hubungan mereka hanyalah sekadar kawan sejak 10 tahun lalu.

“Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.

“Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti ‘cinderella’ yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu,” jelasnya.

Menganggap Tunku Jalil sebagai seorang adik, Lufya percaya ada pihak yang cuba memanipulasi kenyataannya mengenai persahabatan mereka.

Hai, sabarlah Lufya. Selepas ini, mungkin para selebriti perlu lebih tegas dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan jika ia berkaitan dengan persahabatan dengan golongan kerabat diraja…

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Konon Bercinta Dengan Anak Raja – Lufya Tampil Cover Malu!"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.