Akhirnya Puan Lola, Ibu Remaja OKU Di Dakwa Di Mahkamah

Kes yang menjadi tumpuan minggu ini tentulah kes adik Firdaus yang dijumpai kurus kering. Ramai marah dan berang dengan ibu Firdaus setelah jelas kelihatan anaknya itu terabai.

Ibu remaja ini Puan Lola didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.

Yang sedihnya, Puan Lola terus mengaku langsung tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Puan Lola berasal dari Sabah dan bapa Firdaus merupakan suami pertama yang telah bercerai pada 2002 dan meninggal dunia pada 2012.
   
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin  RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
   
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
    
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. 

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

20 Responses to "Akhirnya Puan Lola, Ibu Remaja OKU Di Dakwa Di Mahkamah"

  1. Tak payah laa ikat jamin.. biar kan je dye duduk dalam penjara tu 10 tahun.. baru dye boleh sedar..

    ReplyDelete
  2. Dalam penjara pun dapat makan...

    ReplyDelete
  3. suruh warden jangan bagi makn,biar mati kering mangkuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.btl itu lh hukuman yg setimpal pd nya.....

      Delete
  4. dh terg2 memg salah...x nk memgaku plk.....ape lnye mak le mcm ni...

    ReplyDelete
  5. betol..kat penjara pon dpt mkn...ce bg dia mkn ape yg anak dia mkn..baru adil...

    ReplyDelete
  6. bagi la dia hukuman 15 tahun, same dg umur adik firdaus.. 15 tahun jugak firdaus rasekan sikse.. selama itu juga dia kene rasekan.. ALLAH maha adil.. so minta pihak keadilan juga berbuat adil.. tak paya ikat jamin.. terus masuk penjare

    ReplyDelete
  7. masyarakat perlu peka. jiran tetangga mesti prihatin. si ibu tetap salah. ini dpt dihindarkan jika masyarakat main peranan.

    ReplyDelete
  8. ssah @senng anak adalah amanh Allahswt..maka berilh hukuman yg setimpal utk pn.lola agar beliau insaf di atas perbuatanya

    ReplyDelete
  9. Oh x ngaku...so so Firdaus ni le yang saja mengurungkn diri dia dalam bilik tu... Hmmm...pertahankan yang salah...dosa tanggung sendiri yer

    ReplyDelete
  10. allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan,hambanya..nak seribu daya ....Mak kemain baju n tudung ..bdn gemss je..anak ???? klu daif sgt tskkan la sisa makanan taklej bg anak ..kata keje catering..

    ReplyDelete
  11. Ade jgk peguam yg nak wakilkan si lola ni...hemmmm.... sama2 la tanggung dosa si lola tu...
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Haiyooo anak dah mcm tu punya rupa still mengaku X bersalah...??? Alasan nak suruh anak OKU tu berdikari...??? Boleh ke kita terima alasan mcm ni..??? X masuk akal....!!!
    Lucky you are not in Sweden , otherwise u'll learn a great lesson...!!!

    ReplyDelete
  13. when did it never relies ,when in court mention the punishment alert.Too late ......

    ReplyDelete
  14. if u all nak tahu...si lola ni tak pernah cuba declaire Mohd Firdaus as a anak oku dalam borang perakuan syarikat. So, thats why la nobody tau tentang adik Mohd Firdaus ni.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.