Berlagak.. Messi Dikecam Hebat Kerana Enggan Salam Kanak-Kanak

Peminat pasukan Argentina pastinya bersorak gembira apabila pasukan itu berjaya memenangi perlawanan pertama mereka di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil menewaskan Bosnia-Herzegovina 2-1 semalam.

Penyerang berbisa mereka yang mewakili kelab Barcelona di Sepanyol Lionel Messi juga akhirnya berjaya menjaringkan gol selepas gagal melakukannya pada Piala Dunia edisi lepas di Afrika Selatan.

Biarpun kemenangan itu diraikan, bagaimanapun ada sisi kurang manis Messi yang dikesan melalui video sebelum perlawanan yang mendapat kecaman hebat peminat bolasepak seluruh dunia.

Dalam satu video yang disebarkan di laman sosial Facebook, Messi dilihat enggan bersalaman dengan seorang kanak-kanak yang menjadi pengiring kepada pemain Argentina sebelum perlawanan bermula.


Kanak-kanak itu sudah pun menghulurkan tangan untuk bersalaman namun Messi tidak mengendahkannya menyebabkan riak wajah kanak-kanak itu berubah dan terus kembali ke belakang barisan dengan muka yang sedih.

Dalam zaman teknologi moden dan canggih sekarang, apa sahaja yang berlaku boleh dikesan kamera yang boleh dikatakan berada di mana-mana tanpa kita sedari.

Berkemungkinan Messi ingin memberikan sepenuh fokus kepada perlawanan yang bakal berlangsung, yang telah berjaya membuat dia berjaya menjaringkan gol.

Setakat bersalaman sahaja pun, takkan lah fokus terganggu wahai Messi.

Sumber http://mynewshub.my/

0 Response to "Berlagak.. Messi Dikecam Hebat Kerana Enggan Salam Kanak-Kanak"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.