Orang Pertama Jumpa Firdaus Cerita Detik Pengalamn Yang Hiba

Dari laporan SinarHarian, seorang wartawan berjaya menemuramah Faizal Fazri, Pengarah Imegresen dan orang pertama yang menjumpai Firdaus.

Jom baca laporan penuh di bawah:

SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.

Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.

Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.

Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.

Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.

Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

Saya cuba  memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.

Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.

Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.

Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.

Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?

Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.

Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.

Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.

Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini...

Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar orang kurang upaya (OKU).

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

14 Responses to "Orang Pertama Jumpa Firdaus Cerita Detik Pengalamn Yang Hiba "

  1. Salam Tuan..dada saya bagai dihempap batu besar bila saya tengok video perjumpaan adik Firdaus. Allah saja yang tahu betapa laparnya adik Firdaus..Allah SWT memberi nikmat berfikir, nikmat bergerak ke sana sini kepada mak dia Lola, tapi sayang dia tak guna nikmat tu untuk darah dagingnya sendiri.. mungkin mak dia nak bagi dia kering kat situtapi seperti janji Allah, ajal terletak di tangan Allah,.w/bagaimanpun alhamdulillah sekarang adik Firdaus makin sihat..saya doakan Adik Firdaus akan hidup lebih bahagia mulai sekarang. terima kasih banyak banyak kepada Tuan dan pasukan Tuan kerana bertindak pantas menyelamatkan Adik Firdaus. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa masing masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dah berbulan adik firdaus tak makan.. sy sendiri menagis bila melihat berita..dan pegawai Imigresen menyebut ALLAHUAKHBAR..

      Delete
  2. Sy sendiri pun menangis bila mula2 melihat video adik firdaus tu.. Sy seorg ibu..dan ada anak oku juga..xsanggup tngk adik firdaus.. Kuasa Allah.. Jika pegawai imigresen x selongkar.. Sampai ari ini kt xtau apa la akan jd kat adjk firdaus..

    ReplyDelete
  3. Tidak terhitung ucapan terima kasih kepada sesiapa saja yg bertugas pada mlm penemuan adik Firdaus. Semoga Allah merahmati tugas kalian semua. Untuk adik Firdaus semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Sejak melihat berita, apa lagi video masa penemuan adik Firdaus saya sebagai seorang ibu amat berasa sedih dan sering tertanya kenapa ibu nya berubat begitu, seperti alasan yg si ibu berikan langsung tidak dapat diterima akal. Sya sendiri pun pernah merasa susah sehingga hanya mampu makan bubur nasi dan garam. Anak saya yg masih menyusu hanya minum air nasi saya untuk minum pun saya amat menyanyaingi mereka sehingga sekarang mereka semua sudah dewasa,

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum.... semenjak lihat rakaman video adik firdaus yg pertama kali dia di temui, apabila saya berada di depan makanan hati saya teringat kat dia.kita mkan yg sedap tapi dia .... saya sungguh sedih. Tapi syukur sgat2 Allah maha adil dan penyayang... saya berdoa semoga adik firdaus cepat sembuh...amin

    ReplyDelete
  6. Adik firdaus semoga sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH SWT...kami semua rakyat malaysia menyayangi kamu...

    ReplyDelete
  7. anda beruntung kerana dipilih Allah swt menjadi org pertama yg menjumpai adik ini. alhamsulillah adik firdaus semakin pulih. harap maknya yg 'penyayang' tu mendapat balasan setimpal dgn perbuatannya yg tidak berperikemanusiaan itu.

    ReplyDelete
  8. mge adk firdaus bahagia.
    kpd ibunye mge allah beri hidayah untk mhargai ank oku spt adk firdaus. dont create 1rbu alasan untk tidak menjga adk firdaus.. hargaila ank yg mbri tiket kpd kite menuju k syurga..mudah2an.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Allah kerana telah mgizinkn penemuan adik firdaus..

    ReplyDelete
  10. Memang sangat menyedihkan.Adik Firdaus kuat. Walaupun dianiaya sebegitu rupa, dia masih lagi bernyawa

    ReplyDelete
  11. Speechless.....Allahuakbar....Subhanallah......semoga yg menjumpai anak syurga dan menyelamatkannya di rahmati Allah.

    ReplyDelete
  12. Mmg sedih negok keadaan cani..
    lgi2 berpikir mcm mana firdaus tu servive untuk hidup..
    Sbb bile negok video tu..
    firdaus masih mampu bergerak..
    Salah satu kekuasaan yang maha esa untuk dijadikan iktibar.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.