Kisah Sebenar Puan Lola & Adik OKU

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...



Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar di bawah, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.


Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...



Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama  Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawar

Itulah penerangan panjang lebar yang akan meredakan dan memberi gambaran sebenar kejadian ini. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus lebih peka dengan keadaan sekeliling, memang banyak orang yang susah dan miskin yang boleh kita bantu. InsyaAllah kalau kita membantu orang, banyak juga yang kita akan dapat kelak.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

10 Responses to "Kisah Sebenar Puan Lola & Adik OKU"

  1. siasat terlebih dhulu sblum mnyatakan ap2 tohmahan..

    ReplyDelete
  2. Hairan...tapi kenapa dia boleh bermain facebook sambil bermain game di facebook? Ini menunjukkan beliau ada telefon bimbit pintar dan bukan telefon bimbit murah yg biasa (tiada internet). Jika dia boleh berinternet adakah dia melanggan data mobile (ini sudah tentu melibatkan kos). Atau jika dia menggunakan wifi percuma sudah tentu pula telefon bimbitnya dari jenis yang mahal (sehingga ada fungsi wifi-kerana telefon dibawah rm200 biasanya tidak mempunyai wifi - atau mungkin hanya menumpang telefon kwn?). Di wall facebook juga beliau ada mengatakan keretanya pernah meragam. Saya ingin tahu adakah org yang betul2 susah mampu menggunakan kereta?? Saya pernah tinggal di Shah Alam dan bekerja kilang namun ramai diantara rakan2 saya yg sudah berumahtangga tidak mampu berkereta. Ramai yg naik bas atau bermotosikal sahaja. Mengenai baju pula, saya telah melihat berpuluh2 episod 'Bersamamu' di TV3, lebih ramai yg lebih susah dari Puan Lola ini (yg juga ibu tunggal) namun tidak ada seorang pun yg anaknya memakai baju yg reput dan koyak rabak.Hatta ada yg mempunyai tiga anak cacat sekaligus namun tidak ada yg kurus kering hingga tinggal tulang. Minta penjelasan....

    ReplyDelete
  3. Lagi satu...kelihatan perbezaan ketara antara keadaan fizikal Puan Lola dan anaknya...sepatutnya jika benar beliau susah beliau sepatutnya kelihatan tidak seperti yg kita lihat didalam facebooknya. Namun anaknya kelihatan jauh ketara tak cukup makan. Si ibu kelihatan lebih cukup makan dari anaknya. Sepatutnya dalam keadaan susah si ibu dan anak tidak jauh berbeza.....

    ReplyDelete
  4. yaa...mmg dia susah,tapi ape pun alasan penulis mmg aku tk bole terima...ade aku jmpe org yg lg susah dri dia,tapi tkde la smpi mcm tu skali abaikn ank tiket syurga tuh...

    ReplyDelete
  5. kalu aku salah aku mohon maaf. Aku lihat kandang kucing lebih bersih dari tempat kurungan firdus. susah mcm manapun tidak ada ibu yang sanggup buat begitu. kurus kering lebih hina dari binatang.

    ReplyDelete
  6. saya pun mcm x boleh trima alasan penulis,..kalau ibu itu mmg susah,..kenapa tk nak minta bantuan,.beritahu!,kalau x beritahu,mcmana pehak2 berkenaan nk tahu.,malu?,.biar malu dahulu,.jgn dimalukan kemudian,...maaf!,..

    ReplyDelete
  7. Saya hairan kenapa adik firdaus dibiarkan dgn keadaan kotor sesgt2....kalau pun miskin sesgt2....anak tu boleh je dibersihkan .....tempat kurungan dibersihkan.....sila beri pencerahan wahai penulis.....

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dgn comment2 pembaca..jika benar apa yg diceritakan penulis berikan sbb
    1) kenapa tempat firdaus begitu kotor bersepah dgn najis..tanah..dan sampah polisterine(tak boleh ke bersihkan)
    2) ibunya boleh pulak bermain facebook dan ade masa post itu ini
    3) takde org susah yg pakai kereta
    4) pakaian ibunya tak mencerminkan dia org yg susah langsung tak berganti baju( berbeza dgn anak oku nya yg baju sehingga reput)
    5) gaji bersih ibunya rm1500++ boleh dikatakan cukup makan utk menanggung anak 2 org dan dirinya...(utamakan ank2 dulu daripada mengirim org di kg)
    6) byk lagi org susah di malaysia ni...tp bukan seperti ibunya yg boleh bergaya...berkereta...tapi anak oku dibiarkan
    7) memng la takde calar balar dibadan firdaus..tp ape yg dilihat cukup menarik perhatian sekalian masyarakat betapa sanggup si ibu membiarkan anaknya terbiar sebegitu rupa

    Memang tak boleh diterima alasan si ibu dan penulis ..bukan nak mengahakimi tapi org lain sendiri boleh nilai ape yg mereka nampak dn fikir secara logik.

    ReplyDelete
  9. apa pun alasan pn.lola mmg tak logik

    ReplyDelete
  10. Walau apapun alasan di berikan. Hanya ini yang dapat saya ulaskan.
    Miskin atau tidak, Sakit atau tidak, Fitnah atau tidak.
    Satu perkara saja yang perlu Puan Lola jawab.
    Antara anjing dengan Firdaus yang mana satu puan akan berikan makanan?
    Apa? Soalan tak masuk akal?

    Adakah membiarkan Firdaus macam mayat hidup dan bergelumang dengan najis masuk akal?
    Miskin? Pernah tengok orang miskin biarkan anak macam mayat hidup?
    Sakit? Pernah kah orang sakit melaram di Facebook dengan bulu kening lentik?

    Kesimpulannya,
    Apa yang membezakan manusia dengan binatang ialah manusia mempunyai akal fikiran.
    Manusia yang tidak mengunakan akal fikiran ialah manusia bersifat kebinatangan.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.