Kalau begitulah kata Maria Farida, nampaknya kita yang berpemikiran kolot dan perbuatannya itu adalah satu perkara biasa yang tak perlu digembar-gemburkan. Kata Maria Farida menerusi Mstar Online:-
“Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.
Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal.
Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.
Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.
Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?
Korang pun marilah bersama-sama kita bersihkan pemikiran kita. Setakat gambar bikini, apalah sangat kan? Kita tak perlu kecoh-kecoh dah lepas ini. Semuanya bergantung kepada cara pemikiran kita. Tak gitu?
sumber: http://beautifulnara.com/
0 Response to "Itu Hanyalah Pemikiran Kotor Mereka – Maria Farida"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.