Diana Danielle Marah Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil

Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.


Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.

“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.



Kasihan pula kami kepada Nora Danish walaupun ada kebenaran dalam hak Diana Danielle sebagai seorang isteri namun sebagai seorang yang juga mencari rezeki sebagai pelakon, beliau seharusnya lebih arif akan tuntutan kerja. 

sumber www.rotikaya.com

15 Responses to "Diana Danielle Marah Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil"

  1. kalau gagal mengawal cemburu baik jangan bersuamikan artis. Tak yakin dengan suami sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kt kepala sendiri baru tau... cakap jaa pandai

      Delete
  2. tuntutan kerja, kerja gak,,,tp da langgar syariat da bukan tuntutan jdny,,da ikut setan,,pk dan fahami,, islam itu mudah,,berlakon berlakon jugak,,batas kne jage la weyh,,, kate na kejar syurga,syariat ta jg nerake la jawabny...pk2 n slamat beramal..

    ReplyDelete
  3. Anda seorang pelakon sepatut nya anda lebih maklum jgn berfikiran ke anak anak kan tolong jadi dewasa .... anda sesama artis sepatut nya lebih memahami career masing2...

    ReplyDelete
  4. bagus lah ada rasa cemburu drpd seorg isteri..walau farid kerja sebagai pelakon, tak perlulah nk pegang tgn mcm mesra sgt sewaktu promosi filem..jaga hubungan suami isteri..dan nora danish tu mmg bkn muhrim kan. Org awam x perlu la nk marah diana sbb itulah sifat normal isteri.

    ReplyDelete
  5. Sbb tu la klangan arts byk bercerai xmau jga adab.. mana bleh, ni islam..bukan pkai selam je.. redah je.. x cemburu tu x da iman.. tgok la rata2 cerai kta open minded.. mana bleh xda islam sama ngan agama lain. Sepatutnya tinggal dunia tipu daya ni.. bukanhidup cara Rasullullah.. halal ka tu... mana bleh.. jawabla esok ni..InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. bertaubat la kedua-duanya dan asyallah Allah maha pengampun menerima segala taubat kecuali dosa syirik padaNya. ingatlah kalian semua termasuk aku jugak kesalahan kencing berdiri pun malaikat mungkar nakir sebat x terperi sakitnya..seksaanMu pedih ya Allah jauhi kami semua dari seksa kubur

    ReplyDelete
  7. siapa yg pegang tngan siapa...kt situ jelas farid kamil yg mengenggam tangan Nora Danish....cemburu buta...memalukan la..

    ReplyDelete
  8. Biasa jer luahan Diana tu...isteri mn2 pun akan ckp mcm tu..tp dia fhm kan..bc ayat last tu..nk malu apa ya..wajar lah dia tegur.tp kalau nk ikutkan..x pyh lah nk pegang2..tangan..bkn muhrim..

    ReplyDelete
  9. jaga lah adat dan jangan lah biadap, kerana kita orang islam.

    ReplyDelete
  10. Berlakon dah kira salah... apa lagi bukan berlakon cuma mengambil gambar.. seorang isteri wajib menjaga suami dan menegur.. jeles means love! So no touch touch bila tk berlakon.. draw a line. Islam itu indah! Bukan tk ambil kisah! cheers

    ReplyDelete
  11. bgs la dia tegur...sbb tu jalan ke syurga tu...

    ReplyDelete
  12. sebab tu bapak gua tak suka ngan artis .. aurat n kelakuan tak terkawal .. ;(

    ReplyDelete
  13. Agaknya baru nmpak diana ni cakp skrang guna otak...mana kali si nora plak mmg lngsung tak guna otak,,farid gak berotak dlm ati dapat ngap jer...

    ReplyDelete
  14. tujuan x mnghlalkan hukum....spe nora danish 2 nk pgg2 tgn bukn muhrim..... memg ptt diana ckp cm 2.....

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.