Kekasih Nabila Huda Yang ‘Dimaki’ Oleh Amy Search?

KAMI yakin ramai yang tertunggu-tunggu kesinambungan kes Nabila Huda selepas ditegur oleh bapanya, Amy Search menerusi akaun Instagramnya kerana begitu galak bercuti bersama kekasihnya di luar negara.

Apa yang panasnya, teguran Amy itu bukan sahaja ditujukan kepada anaknya, tetapi juga kepada kekasihnya dengan menggunakan perkataan yang agak kasar.


Menerusi beberapa laman portal, beberapa gambar yang memaparkan Nabila bersama seorang lelaki mula disebarkan.

Ramai yang membuat andaian bahawa itulah kekasihnya yang telah ‘dilaharkan’ oleh Amy.

Khabarnya, lelaki itu merupakan pemilik sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara yang kerap dikunjungi oleh Nabila.

Apapun, kami harap agar pertelingkahan antara Amy dan Nabila dapat diselesaikan dengan cara baik. Nama pun anak-beranak, takkan mahu bermusuhan pula.

Lagipun, bapa  mana yang mahu melihat anaknya terus-terusan hidup tanpa batasan, betul tak?

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Kekasih Nabila Huda Yang ‘Dimaki’ Oleh Amy Search?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.