Pekerja Medan Selera Meraung Disimbah Minyak Panas

Kuala Lumpur – Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.

Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.

Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Sumber mynewshub.my

1 Response to "Pekerja Medan Selera Meraung Disimbah Minyak Panas "

  1. Senang senang ko nk mintak mkn kepalahotak ko. Dadah boleh beli mkn main mintak jer hrp hapuskn kuturayau yg memalukn dan mengotorkn imej negara dimata dunia. Hapuskn kutu ni sampah masyarakat

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.