Eina Azman, Kaiser Gurmeet Selamat Dijab kabulkan

Pelakon Ainur Syakina, 19 atau lebih dikenali sebagai Eina Azman & pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh telah selamat diijab kabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri, Azman Abdullah.

Pasangan yang mengenakan pakaian yang bertemakan bollywood ini telah selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Zulkapili Abdul Mutalib, Imam Masjid KLCC.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000.

Buat pengetahuan semua, hantaran yang diterima oleh pihak perempuan juga adalah sebuah kereta yang berjenama Chevrolet Camaro. Sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azman

Sumber www.rotikaya.com

3 Responses to "Eina Azman, Kaiser Gurmeet Selamat Dijab kabulkan"

  1. KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
    Berita penuh --> www.sinarharian.com.my/bimbang-gambar-bogel-tersebar.html



    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.