Kisah Di Sebalik Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza

Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.



Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.



Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.



Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.


Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan.

SUMBER: Facebook Keow Wee Loong

10 Responses to "Kisah Di Sebalik Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza"

  1. x nampak apa yg wajar dicontohi dengan panjat bangunan tinggi..

    ReplyDelete
  2. cam bodo je..byk cara lain lg nk tnjuk support..lau jtuh x ke nyusah org

    ReplyDelete
  3. Sudah la tu kamu berdua , tak menjadi salah kepada diri si perempuan itu jika mahu memyampaikan mesej dengan apa cara jua . Hidup mati itu ditangan Allah bukan pada bangunan pencakar langit yg tinggi tu . Percayakan Allah . Dengan izin Nya Allah akan menjaga kita .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak dua org tu penakut sebenarnya...yg mereka berai hanya buat komen...

      Delete
    2. Sy amat setuju 100000% ngan Ustaz Shahid sbb mamat yg 2 ekor tu hidup hanya berpandukan dunia ajer bukan hidup kerana Allah..........

      Delete
    3. hahaha....nampak kat sini siapa yang bodoh sebenarnya...kesian pada mereka berdua...

      Delete
  4. Ni menara ilham baru dkt jln binjai kl.bangunan ke3 tertinggi malaysia.dlm construction lg.kalau salah langkah.then make sure u have your life insurans

    ReplyDelete
  5. Perempuan ni menyampaikan msj yg ampa 2 org tu taw pa.. Ada berani dak buat mcm mna perempuan tu buat sembang kencang antaq p perang boley kencing terberak atas kapal terbang

    ReplyDelete
  6. Kombinasi pemandangan & wajah yg indah..terpaku dgn Anugerah-Nya

    ReplyDelete
  7. mereka yg bukan pendaki mmg takkan faham knp perlu ambil risiko mcm tu.hanya pendaki yg memahami jiwa pendaki :) mendaki memang berisiko,bukan mesti atas bagunan ni je..kalau tak puas hati jgk,pergi la halang org yg nak mendaki gunung nu.sama je risiko..tapi kami suka mendaki sebab akan rasa puas bila sampai ke puncak.orang mungkin tak faham mcm mana boleh puas.sama la halnya dengan aku yg tak pernah faham,knp org boleh puas bila dapat ikan slps lama memancing,snggup duduk lama2 dlm hutan smata2 nak memancing.tak faham aku... cameraman yg penah kena saman sbb jadi spiderman dgn budak pompuan ni mmg betul2 berani

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.