Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.
Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk“Mermaids: The Body Found”.
Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.
Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence” .
Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan.
Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.
Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.
“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.
“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.
Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.
Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?
“Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum.
Saksikan VIDEO di bawah ini
Sumber akakdisebalikpintu.blogspot.com
susah nak percaya perkara seperti ini..
ReplyDeleteEntri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo
TIPUU!!!
ReplyDelete