Isteri Maafkan Suami Belasahnya Dengan Tali Pinggang, Cucuh Rokok

Seorang lelaki mencium isterinya selepas perselisihan antara mereka selesai di mahkamah majistret, di sini, pagi tadi.

Tindakan spontan itu dilakukan Roslan Ismail, 38, di luar mahkamah selepas Majistret, Nik Habri Muhamad melepas dan membebaskannnya dengan kompaun RM500 selepas perkara itu dipersetujui oleh mangsa sendiri.

Roslan mengaku salah pada tuduhan pilihan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mencederakan isterinya, Rosnah Abdullah, 35, di alamat Kampung Babong, di sini, pada jam 11.30 malam, 28 Mac 2014.

Tertuduh pada asalnya didakwa menyebabkan kecederaan kepada mangsa dengan menggunakan ranting pokok, tali pinggang dan mencucuhnya dengan api rokok pada alamat, masa dan tarikh sama sebelum mengaku pada tuduhan pilihan itu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berada di rumah berselisih faham dengan suami kerana mendapat tahu mangsa membuat perhubungan dengan kawan-kawan lelaki lain.

Mangsa dimarahi dan dipukul hingga mengalami lebam di lengan, bahu dan paha kiri serta lebam di belakang bahu kiri selain melecur di lengan kanan.

Sumber mynewshub.my

1 Response to "Isteri Maafkan Suami Belasahnya Dengan Tali Pinggang, Cucuh Rokok"

Note: only a member of this blog may post a comment.