Biadap dan sungguh tak sensitif apabila sebuah game atau permainan komputer diilhamkan daripada tragedi MH17 didapati diwujudkan pihak tertentu.
Dinamakan Euro Buk Simulator 2014, permainan ini memerlukan pemain menembak jatuh pesawat berlogo Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan peluru berpandu jenis BUK.
Selain logo MAS turut dimasukkan dalam game tersebut adalah wajah Presiden Rusia Vladimir Putin.
Pemain game memperoleh mata dengan mengumpulkan pasport milik penumpang yang jatuh dari pesawat ditembak tersebut.
Jelas, permainan ini bukan sahaja memperolok-olokkan tragedi dunia penerbangan melibatkan negara kita malah tidak hormat langsung perasaan keluarga mangsa nahas yang datang dari pelbagai negara.
Agak mengejutkan apabila sebuah laman web Belanda melaporkan permainan ini dipercayai datang dari negara tersebut berdasarkan alamat protokol internet dan domain.
Hal ini kerana sebahagian besar mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu hingga mengorbankan keseluruhan 298 penumpang merupakan warga sana.
Dipercayai atas sebab ini juga, Euro Buk Simulator 2014 kini sudah dilenyapkan terus dari dunia maya oleh penggodam yang meninggalkan pesanan dalam Bahasa Belanda menyatakan bahawa kebebasan internet tidak salah tapi ia seharusnya masih punya batas dan rasa hormat
Sumber mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
>>>WOW, Klik Di Sini Untuk Menonton
ReplyDeleteBodoh Sekksi Mamtha Mohandas Terkenal Merebut Peringkat - MESTI LIHAT!!! (VIDEO)
Mesti Baca!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat
ReplyDeleteICLOUD di godam ? betul ke di godam ? | Jom baca selanjutnya untuk mengetahui adakah benar ICLOUD di godam
ReplyDeleteKucing di pukul sehingga hancur mulut gara-gara curi ikan | Jom baca selanjutnya untuk mengetahui kisah kucing ini
Air Kopi Yang Paling Mahal Di dunia | Jom baca selanjutnya untuk mengetahui air kopi apa yang mahal sebegitu