Penyanyi Thalia Buang Tulang Rusuk Supaya Kelihatan Lebih Ramping

MEXICO – Spekulasi yang tersebar sejak bertahun-tahun lalu bahawa penyanyi Mexico, Ariadna Thalia Sodi Miranda mengeluarkan tulang rusuknya untuk kelihatan kurus, akhirnya terjawab.

Penyanyi itu telah memuat naik gambar dia bersama tulang rusuk yang disimpan dalam balang, dalam instragam miliknya.




“Anda rasa saya membuang tulang rusuk saya? Ya, Tidak? .

“Kepada peminat dari Filipina, ini buktinya. Saya sayangkan tulang rusuk saya. Saya menyimpannya selama ini dan persoalan berterusan.”  itu yang ditulisnya, sekaligus terus mencetuskan persoalan lagi di kalangan peminat penyanyi berkenaan.

Namun tidak diketahui sama ada sama ada imej di instagram itu betul atau sekadar lawak jenaka.

Thalia yang mempunyai peminat di kalangan penduduk Filipina, dikatakan membuang dua tulang rusuknya untuk kelihatan ramping.

Beliau telah mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila menyebut mengenai perkara berkenaan dalam satu temu bual.

Sumber realitiabadi.blogspot.com

0 Response to "Penyanyi Thalia Buang Tulang Rusuk Supaya Kelihatan Lebih Ramping"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.