Isu MB Selangor: Azwan Ali Mengamuk di Twitter

Dipetik daripada portal www.suara.tv Azwan Ali Mengamuk Di Twitter
Kuala Lumpur – Selebriti popular yang dikhabarkan baru pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini, menafikan membuat kenyataan tidak puas hati berhubung perebutan kerusi Menteri Besar (MB) Selangor yang sedang berlaku.

"Besar hama pun saya tak hairan! Pemuda Umno Pucong ker..., Pemuda Obama ker... bukan mereka yang bagi saya makan. Saya mengamuk ker atau tidak, tak ada kena mengena dengan mereka. Tak perlu lah nak meroyan atau nak sentap (terasa) kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka dah cukup baik! 

Tegasnya, dia tidak pernah melontarkan sebarang pandangan berhubung jawatan MB yang turut menamakan adiknya Mohamed Azmin selaku calon pilihan.

“Saya akui, saya ada tweet pasal kepimpinan pemerintahan di Selangor. Dalam tweet saya itu, saya minta pemerintah sekarang ini supaya sedar diri.



“Orang sudah tidak suka, tolonglah letak jawatan. Tetapi, kalau mengenai tidak puas hati Azmin tidak jadi Menteri Besar, memang saya tidak ada tweet,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal, Azwan ternyata berang dengan fitnah seorang pengguna yang bernama @pemuda4puchong yang mendakwa Azwan Ali mengamuk, gara-gara abangnya, Azmin tidak dipilih oleh Pakatan Rakyat sebagai MB Selangor.

“Tidak perlulah hendak meroyan atau nak sentap (terasa), kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka pun sudah cukup baik!

“Kepada Pemuda UMNO Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah!” tambahnya lagi.

Sumber www.suara.tv

6 Responses to "Isu MB Selangor: Azwan Ali Mengamuk di Twitter"

  1. OMG, CLICK HERE to Watch Korean Girl Fight Each Other - MUST SEE!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. pasal komen diatas macam tiad kena mengena ngan tajuk , seperti wayar bumi x bersambung ngan wayar langit ...

    ReplyDelete
  3. Dimn2 saya tengok awak post benda ni..dah lah dia fobia dan d aibkan..awak plk dok menambah kot atas..

    ReplyDelete
  4. dah dah la nk malukan org..muhasabah diri, mgkin kena btg hidung sndiri xpun pada anak beranak pompuan ke nnt.

    ReplyDelete
  5. Bukan menabur bidaah la, menabur fitnah. Haiz

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.