Pas Kini Diuji! Adakah Kekal Dalam Pakatan Atau Tidak

SEMUA orang tertunggu-tunggu apa pendirian Pas berhubung kemelut di Selangor khususnya dan dalam Pakatan Rakyat amnya.

Adakah Pas akan bergabung dengan UMNO membentuk kerajaan campuran di Selangor, adakah Pas akan terus setia dengan Pakatan Rakyat di sebalik pelbagai krisis yang melanda termasuk disaman oleh rakan sendiri dalam PKR dan sentiasa ‘digertak’ oleh DAP?

Adakah kepimpinan Pas akan tunduk dengan geng-geng Anwar dalam Pas yang nampaknya dah mula mencabar Majlis Syura, adakah Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dan akan berjuang bersendirian melawan Barisan Nasional, atau bagaimana?

Setakat ini tokoh utama yang juga pakar rujuk Pas, Datuk Nik Aziz tetap mempertahankan Khalid Ibrahim walaupun dipujuk oleh Anwar untuk berbuat sebaliknya.

Krisis Pas dan DAP, PKR bukan rahsia lagi. Anwar, Guang Eng, Rafizi  tidak segan silu lagi untuk membelasah Pas dalam sidang akhbar dan ucapan mereka. Orang kuat PKR, Che Gu Bard tidak berselindung lagi menyaman Haji Hadi (itu belum kira saman berjuta dalam kes ceramah pil kuda!).

Pengorbanan dan kesetiaan Pas BENAR-BENAR DIUJI KETIKA INI. Telan mati bapak, luah mati emak.

Anwar ternyata telah mengecewakan Pas seperti mana Nik Aziz mendakwa UMNO menipu mereka suatu ketika dulu. Meletakkan Dr.Wan Azizah sebagai calon MB Selangor adalah keputusan yang cukup mengecewakan Pas.

Lantas sekarang bagaimana…rakyat memerhati, pengundi menunggu, penyokong apatah lagi! 

Sumber mynewshub.my

1 Response to "Pas Kini Diuji! Adakah Kekal Dalam Pakatan Atau Tidak"

Note: only a member of this blog may post a comment.