PETALING JAYA – Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.
Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.
Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.
Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.
“Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.
“Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya,” katanya.
“Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa,” katanya.
Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.
“Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga.
“Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang,” kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.
“Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.
“Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid,” katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.
“Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah.”
Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah “bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar”.
Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.
Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.
“Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.
“Dia berkata, ‘Muka macam Abderrahman’. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim,” kata Asmaa.
Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.
“Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.
“Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui,” katanya.
Sumber mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FACEBOOK USERS MUST WATCH!!!
ReplyDelete>>>Watch LADY GAGA Saxiest Moments (VIDEO), CLICK HERE!<<<
>>>Watch SELENA GOMEZ Saxiest Moments! (VIDEO) OMG, CLICK HERE!!!<<<
>>>Watch Saxy Reporter Rebecca Grant On Camera B00B Grab At Los Angeles Clippers Game ...........(VIDEO), WOW, CLICK HERE!!!<<<
>>>KLIK SINI To Watch
Model Malysia Amat Sekksi Ditangkap Pada Cam - MESTI LIHAT!!!<<<
>>>OMG, CLICK HERE to Watch Chinese Model Saxiest Moments - MUST SEE!!!<<<
>>>WATCH MORE INTERESTING/FUNNY VIDEOS, CLICK HERE!!!<<<
FACEBOOK USERS MUST WATCH!!!
ReplyDelete>>>Watch LADY GAGA Saxiest Moments (VIDEO), CLICK HERE!<<<
>>>Watch SELENA GOMEZ Saxiest Moments! (VIDEO) OMG, CLICK HERE!!!<<<
>>>Watch Saxy Reporter Rebecca Grant On Camera B00B Grab At Los Angeles Clippers Game ...........(VIDEO), WOW, CLICK HERE!!!<<<
>>>KLIK SINI To Watch
Model Malysia Amat Sekksi Ditangkap Pada Cam - MESTI LIHAT!!!<<<
>>>OMG, CLICK HERE to Watch Chinese Model Saxiest Moments - MUST SEE!!!<<<
>>>WATCH MORE INTERESTING/FUNNY VIDEOS, CLICK HERE!!!<<<
Innalillahiwainnalillahirojiun.
ReplyDeleteSmoga roh mangsa mh17 d cucuri rahmat n d brkati oleh Nya. Amiiin
Isteri Allahyarham memang seorang yang tabah. Semoga dia terus diberikan kekuatan, dan sentiasa cekal untuk membesarkan anaknya..
ReplyDeletesubhanallah..kuatnya hati dia...
ReplyDeleteKuat betul orang bernama Asma..
ReplyDelete2 orang insan bernama Asma diuji dengan ujian dari Allah, depan mata saya.
dan akak merupakan org ketiga.
Semoga akak sekuat ibu saya, Nor Asmah, sekuat rakan seperjuangan saya, kak Asma.
Semoga akak kuat membesarkan anak akak.
Tabah dalam ujian Allah.
InsyaAllah.
Salam takziah dari kami rakyat Malaysia.
Al-Fatihah buat mereka yang sudah kembali ke sisi Allah..
Biar betul akaun Facebook Nora Danish di godam ? | Jom Baca Selanjutnya Adakah Benar Akaun facebook Nora Danish Di Godam
ReplyDelete