Paderi Di Poland Dakwa Terima SMS Daripada Syaitan

Warsaw: Seorang paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).

Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.

Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.

“Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku,” katanya.

Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden. Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: “Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati.” 

Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: “Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bo.doh. Paderi tua yang bo.doh.” 

Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan. 

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Paderi Di Poland Dakwa Terima SMS Daripada Syaitan"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.