Aku Tak Berselfie Ketika Negara Sedang Bertafakur - Azwan Ali

KALAU sudah namanya Azwan Ali, manalah dia kenal erti ‘mengalah’.

Susulan kritikan yang diterimanya daripada pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai perbuatan ‘selfie’ pada Hari Berkabung Malaysia sebelum ini, dia yang terkenal dengan kelantangannya memberi penjelasan menerusi Murai.com:

“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal! katanya dihubungi Murai.

“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfie ketika negara sedang bertafakur.

“Ini Azwan Ali, memang aku ‘no bother’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar.”

Hah, tu dia…!

Menganggap Sharnaaz terlalu mentah untuk memberi komen kepadanya, Azwan turut berkata dia sudah menanyakan pendapat ulama mengenai gamber tersebut.

Menurutnya, kalau niat ikhlas, biarlah Allah S.W.T yang menilainya dan bukannya manusia.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Azwan itu, tapi kadang-kadang tak salah untuk kita berfikir dan muhasabah diri dengan kritikan yang diterima.

Sebabnya, ini bukan kali pertama dia dikritik kerana kegilaannya berselfie termasuklah ketika menunaikan umrah sebelum ini.

Sumber mynewshub.my

2 Responses to "Aku Tak Berselfie Ketika Negara Sedang Bertafakur - Azwan Ali"

  1. Pada manusia yng bersifat Anggek, Kalau nak buat sesuatu kebaikan tak kira dari segi ape pun, tak perlu nk beritahu orang. Tu baru IKHLAS namanye beb...kalau tak, da sama macam pondan separuh masak Azwan Ali..bertafakur berselfie bagai hnya tuk menunjukan orang yng dia hadir disitu.

    ReplyDelete
  2. Hek elehhh..aibuk dok tanya ngan ulamak pasal gambar plak bapok ni..yg ko mcm betina tu x tanya ke hukum nya apa sialllll..pegi mammmmmmmmp@s la ko bapok hina...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.