VIDEO: Pintu Kaca Mall Hempap Budak 4 Tahun

Malang tak berbau jadi awasilah anak anda di mana jua.

Jika tidak insiden yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di Singapura Khamis lalu tidak mustahil berlaku pada anak anda.

Dalam video yang dirakamkan CCTV, seorang kanak-kanak kelihatan dibiarkan bermain dengan menolak dan menarik satu pintu kaca hinggalah ia tiba-tiba tercabut lalu jatuh menimpa kanak-kanak tersebut.



Akibatnya kanak-kanak itu tertiarap di bawah pintu kaca setinggi tiga meter tersebut sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.



Dia dilaporkan mengalami lebam di pipi kanan, luka di belakang kepala dan sakit leher.

Mujurlah, pintu kaca tersebut dari jenis ‘tempered glass’ jadi ia tidak pecah berderai yang tentunya boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.


Kejadian berlaku di tingkat 5 pusat beli belah Westgate yang terletak di Jurong East, Singapura.

Sumber mynewshub.my

5 Responses to "VIDEO: Pintu Kaca Mall Hempap Budak 4 Tahun"

  1. Lesson which never been taken care of by the parent to look after what their children are doing. The parent should be blame for the incident and be penalised for it.

    ReplyDelete
  2. I agree with Mafia War.. parents budak itu sepatutnya mengawal/ perhatikan anak mereka bukannya membiarkannya lebih2 lagi anak yg hyper!

    ReplyDelete
  3. Siapa yang pasang pintu tu? Tak ada kualiti langsung. Patut saman@claim je dari company tu...

    ReplyDelete
  4. saman parents sbb x pantau anak... saman door installer sebab kerja xde kualiti... saman supplier pintu sbb supply pintu yg xde ketahanan pada door installer... saman owner westgate sbb appoint door installer yg cuai buat kerja... saman je semua... samaaann, jgn x saman... hahaha...

    ReplyDelete
  5. Anak nhe pn slh g main pintu buat ape ..
    Maknya buat apa xpantau anak dy ..
    U a lucky bfc u son nth hpen .... just lebam2 syukur lr ..
    Saman org y buat pintu nhe ...
    Menyusahkan jer ...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.