PESHAWAR: Beberapa laporan mengenai serangan militan Taliban ke atas sebuah sekolah di Pakistan amat mengejutkan dengan dakwaan kepala kanak-kanak dipenggal dan seorang guru dibakar hidup-hidup.
Kumpulan pengganas itu menyerang Sekolah Awam Tentera di Peshawar di barat laut Pakistan pada Selasa, mengorbankan lebih 140 orang, dengan kebanyakan mereka adalah pelajar.
Laporan mengejutkan membabitkan tragedi berdarah itu bermula daripada satu sumber menyatakan beberapa kanak-kanak terbunuh, dengan mendakwa antara mereka yang berusia lima tahun telah dipenggal kepala.
“Mereka bakar seorang guru di hadapan para pelajar di sebuah kelas.
“Mereka membakar guru itu menggunakan minyak gasolin dan memaksa pelajar untuk menyaksikannya,”
Seorang pelajar Sekolah Awam Tentera di Jalan Warsak di sini terpaksa berlakon seolah-olah dia telah mati dibunuh apabila seorang daripada ahli kumpulan Taliban memeriksa mayat pelajar-pelajar yang dibunuh dalam serangan kejam pada Selasa.
Serangan yang didakwa dilakukan oleh Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) itu dilakukan secara sistematik dengan pembunuhan pelajar dibuat dari kelas ke kelas.
Berikutan itu, seramai 132 pelajar dan sembilan kakitangan termasuk guru maut dalam insiden yang mendapat perhatian dunia itu.
Mangsa yang terselamat, Shahrukh Khan, 16, berkata, ketika tembakan dibuat, dia berjaya bersembunyi di bawah meja.
"Tetapi selepas itu, seorang lelaki memakai but hitam telah datang ke arah saya untuk memeriksa mayat sambil melepaskan tembakan ke arah badan mayat pelajar yang bergelimpangan.
"Ketika itu, saya berpura-pura seperti mati dengan menutup mata dan bersembunyi di tepi mayat rakan.
"Badan saya mengeletar. Saya tahu kematian semakin hampir. Saya tidak akan lupa but hitam yang menghampiri saya ketika itu," cerita pelajar yang masih trauma itu.
Sementara itu, Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari bermula Rabu.
Home » Luar Negara
» Serangan Taliban: Pelajar Cerita Detik Berlakon Mati Di Celah Mayat Rakan Yang Dipenggal Kepala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Serangan Taliban: Pelajar Cerita Detik Berlakon Mati Di Celah Mayat Rakan Yang Dipenggal Kepala"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.