Kamal Adli Kecewa Intan Sudah Ada Lelaki Lain & Bersama Kekasih Baru Di Venice

Kamal Adli memberitahu bahawa dia tidak menyangka sama sekali bahawa bekas kekasih, Intan Ladyana kini sudah pun menemui pengganti dirinya apatah lagi hubungan mereka itu baru sahaja beberapa bulan berakhir atau putus.

Baca Liyana Jasmay Nafi Jadi Punca Intan Ladyana Putus Cinta

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ada peminatnya itu telah tag gambar Intan bersama seorang jejaka lain di Instagram dan ini membuatkan perasaan jejaka itu sedikit terguris.




“Saya masih dalam proses memulihkan perasaan daripada terus merindui Intan tetapi saya benar-benar terkejut apabila seorang peminat telah ‘tag’ gambar Intan bersama teman-teman termasuk seorang lelaki ketika percutian mereka di Venice dan saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain,” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran drama berjudul Antidot yang bertempat di Sri Pentas TV3, petang kelmarin.

Dalam pada itu, jejaka ini juga sedikit terkilan dan berkecil hati apabila rakan baiknya yang juga seorang aktress, Liyana Jasmay dikatakan menjadi punca setelah memperkenalkan seorang jejaka kenalan suaminya itu kepada Intan Ladyana baru-baru ini.


Tidak mahu perkara tersebut terus dalam fikiran, dia mengambil jalan terbuka dan menganggap perkara itu ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku kepada dirinya.

“Secara terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan. Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang,” tambahnya.

Kamal turut mendedahkan bahawa selepas mereka sudah putus cinta, dia kerap kali menghantar mesej kepada bekas kekasihnya itu, Intan Ladyana untuk cuba kembali memujuk dan perbetulkan apa yang silap sebelum ini. Tetapi segala hasil usahanya itu hanya tinggal usaha sahaja kerana hubungan mereka itu tidak nampak tanda-tanda untuk kembali jernih.

Apabila timbul pula isu yang Intan sudah mempunyai kekasih baru Kamal dengan rela hati dalam terpaksa menghentikan pesanan mesej yang dihantar untuk menjaga privasi Intan yang katanya sedang bahagia bersama pasangannya kini.

“Saya cuba perbetulkan keadaan tetapi semakin lama kami semakin jauh, jadi sudah tiba masanya saya perlu lupakan dia. Bukan mudah kerana sepanjang enam tahun kami bercinta saya bahagia bersama dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh saya,” katanya.

Sumber www.rotikaya.com

0 Response to "Kamal Adli Kecewa Intan Sudah Ada Lelaki Lain & Bersama Kekasih Baru Di Venice"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.