Ajk Seniman Tidak Setuju Laporan Polis Zed Zaidi Terhadap Vanidah Imran

Ingat lagi tempoh hari kami ada paparkan artikel Kenapa Zed Zaidi Buat Laporan Polis Terhadap Vanidah Imran? 

Daripada kejadin tersebut Beberapa AJK Seniman seperti Adlin Aman Ramli dan Khir Rahman tidak setuju dengan tindakan melulu dan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan AJK Seniman 

Khir Rahman pula membidas kerana dengan cara itu merosakan reputasi Vanidah Imran

Adlin Aman Ramli secara terang-terangan mengecam tindakan Zed Zaidi dan meminta presiden itu yang meletak jawatan kerana gagal meneraju persatuan dengan baik.

Ini komen Adlin Aman Ramli:

"Saya tidak setuju dan mengecam tindakan dia membuat laporan polis sebelum berbincang dengan kami semua terlebih dahulu.

"Tindakan itu hanya membuka pekung persatuan kepada umum dan orang sendiri tahu tentang kegagalan dia menerajui persatuan,"

"Zed Zaidi yang seharusnya letak jawatan kerana tidak boleh bekerja dengan ahli jawatankuasa lain dengan baik dan membuat keputusan tanpa berbincang,"

"Saya punya kes biopik Saloma memaparkan kisah palsu ayah saya, Allahyarham AR Tompel sampai sekarang tiada reaksi darpada pihak Seniman langsung. Walhal saya sudah beri surat kepada persatuan agar memberi sokongan dalam menyelesaikan kes tersebut,"(mstar)

Ini komen Khir Rahman:

"Ia tidak wajar dibuat kerana perkara itu merosakan reputasi orang lain. Kasihan Vanidah Imran yang terkena dalam perkara ini. "Sebagai presiden dia harus melindungi ahli dan bukannya merosakan atau mencari salah orang lain jika persatuan itu gagal dijalankan,"

"Saya sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap Biro Pendidikan dan Latihan Seni sudah menjalankan tanggungjawab saya untuk mengerakkan aktiviti seni."

Zed Zaidi juga kerap menolak idea dan cadangan Khir Rahman untu membuat mesyuarat dan perbincangan.

"Namun setiap kali saya minta untuk diadakan mesyuarat pasti ditolak. Malah, group WhatsApp yang saya buat pun tidak mahu digunakannya."

"Dia suruh saya e-mel butiran untuk adakan mesyuarat dan apabila sudah ikut peraturan yang dimahukan, dia pula kata tiada apa yang penting untuk dibincangkan," (mstar)

Sebelum ini, Zed Zaidi juga ada menghentam AJK Seniman yang baru yang dikatakan tak pandai buat kerja dan hanya pandai cakap.

admin berharap perkara ini dapat diselesaikan dan berbincang dengan baik tanpa insan terasa hati 

0 Response to "Ajk Seniman Tidak Setuju Laporan Polis Zed Zaidi Terhadap Vanidah Imran"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.