AFF SUZUKI: Safee Sali Dikritik Kerana Perli penyokong Harimau Malaya

Kuala Lumpur – Penyerang sensasi skuad Harimau Malaya, Safee Sali terus menjadi tumpuan peminat bola sepak Kebangsaan apabila dia sekali lagi mencetuskan kontroversi sejurus pasukan Malaysia meraikan kejayaan setelah layak ke final selepas menumpaskan Vietnam pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, malam tadi.



Safee menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik sekeping foto menunjukkan reaksinya gembira setelah kejayaan skuad kendalian jurulatih Dollah Salleh yang disifatnya bertungkus lumus mengalahkan Vietnam.

Namun malangnya, kaspyen yang ditulis Safee bersama foto tersebut menimbulkan reaksi kurang senang kepada segelintir penyokong Harimau Malaya yang seolah menggambarkan dia tidak menghargai sokongan peminat.

“Syukurku panjat kpd Illahi. Alhamdulillah semua pgorbanan bhasil dgn bangga nye. Semua cacian dan makian yg dilemparkan xpernah masuk ke dlm hati ini..

“Pjuangan ini bukan dgn hanya bmain guli tp dgn semangat cinta kan keluarga team ini dan demi maruah negara.. fans team Vietnam bagus sekali.. walaupun kalah xde btumbuk malah tepuk tgn dkt ktorg lagi..

“kpd fans kt (kita) yg dah tukar bendera lps kena sound haritu jgn tutup muka tu dgn bantal ok.. lap je muke tu dgn tisu,” tulisnya dalam entri tersebut.

Rata-rata pengikut (followers) Safee mengkritik sikap sinisnya yang menyatakan seolah kejayaan skuad Harimau Malaya semalam seperti hasil usahanya.



Memang ‘makan dalam’ sunguh hujah-hujah yang diberi oleh para peminat pasukan Harimau Malaya. Tapi fikir-fikir balik, tak salah pun apa yang diluahkan Safee dalam status tersebut bagi meraikan kegembiraannya atas kemenangan pasukan Malaysia.

Mungkin juga ayat yang digunakan Safee dalam status tersebut telah disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga ada yang berpendapat ia kelihatan angkuh.

Tak kisahlah, apa-apa pun diharap Harimau Malaya dapat mengulangi kejayaannya pada final Piala AFF Suzuki 2014 bertemu Thailand 17 Disember ini, begitu juga pada perlawanan timbal balik di Shah Alam, Rabu depan

Sumber www.suara.tv

0 Response to "AFF SUZUKI: Safee Sali Dikritik Kerana Perli penyokong Harimau Malaya"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.