Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang

AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.

Menurut laman Facebook syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan merupakan milik syarikat AirAsia Indonesia.

Pesawat berkenaan merupakan jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

“Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Air Asia memberikan kerjasama dan segala bantuan yang diperlukan untuk operasi berkenaan,” katanya.

Syarikat AirAsia sudah pun mewujudkan Pusat Panggilan Kecemasan untuk ahli keluarga dan rakan mereka yang mungkin berada dalam pesawat itu.

“AirAsia akan memberikan maklumat terkini sebaik perkembangan terbaru diketahui,” katanya.



AirAsiaStatement

0 Response to "Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.