Guru Agama Kemalangan Maut Jarinya Seperti Berzikir & Tahiyat

Petang semalam, berlaku satu kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Simpang Tol Chenor, Pahang.

Insiden ini mengorbankan nyawa seorang guru agama di sini




Bagaimanapun, terdapat satu perkara mengejutkan buat mereka yang berada di lokasi kejadian, ketika mayat mangsa iaitu ustaz terlibat ditutup dengan surat khabar sementara menanti ketibaan ambulan.

Seperti dirakam dalam gambar oleh saksi kejadian, jari di tangan kiri allahyarham menggambarkan seolah-olah sedang tahiyat ketika solat manakala jari di tangan kanan pula, seperti sedang berzikir menggunakan ruas jari.

Justeru, ada yang mengandaikan allahyarham mungkin menghabiskan saki baki nafas terakhirnya dengan mengucapkan kalimah syahadah seperti dilafaz dalam tahiyat dan sempat berzikir. Wallahu’alam..

Semoga allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan mudah-mudahan, pengakhiran hidup kita jua dalam keadaan husnul khatimah. 

Sumber .mynewshub.cc

0 Response to "Guru Agama Kemalangan Maut Jarinya Seperti Berzikir & Tahiyat"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.