Warga Emas Tinggal Dengan 10,000 Pepijat Lebih 20 Tahun

Seorang lelaki berusia 80 tahun dipercayai telah pun hidup bersama pepijat di rumahnya selama lebih 20 tahun dan beliau tidak berasa gatal biarpun tidak selesa, menurut sebuah akhbar cina Singapura Lianhe Wanbao.

Untuk membantunya membersihkan rumahnya dari semua pepijat itu, lebih 10 anggota sukarelawan meghabiskan masa lapan jam menyelesaikan kerja-kerja berkenaan.

Warga emas itu tinggal seorang diri di sebuah unit rumah sewa di Redhill dan rumahnya dipenuhi pepijat daripada lantai hingga ke siling dan kelihatan kotor.

Seorang daripada anggota sukarela itu Ms Pan, 44, berkata dia telah menyusunkan tugas 10 sukarelawan itu untuk kerja mengecat dan menggunakan bahan kimia dan peralatan lain untuk memastikan rumahnya bebas pepijat.

Difahamkan terdapat lebih 10,000 ekor pepijat hidup bersama dengan warga emas itu.

Para sukarelawan terpaksa mengikis cat lama dan dicat dengan yang baru bagi memastikan pepijat tidak kembali membiak.

Selain pepijat, seorang lagi sukarelawan berkata terdapat ulat atau larva lalat di atas meja makannya.

Dia cuba menggunakan air panas untuk menghilangkan ulat itu tetapi warga emas itu tidak memiliki cerek air untuk memasak air panas sehingga ia terpaksa dipinjam dari jiran.

Menceritakan kisah kali pertama melawat rumah itu, ia kelihatan seperti ‘rumah hantu’ dan apabila mereka menyapu siling pepijat itu jatuh dan menimpa mereka.

Ms Pan yang juga seorang usahawan berkata, pepijat di rumah bukanlah suatu isu yang luar biasa tetapi apa yang terjadi di rumah warga tua itu merupakan satu kes yang serius.

Ketika rumah lelaki itu dilawati oleh wartawan Wanbao, ia kelihatan lebih selesa dan bersih serta mempunyai ruang yang banyak untuk penghuninya bergerak.

Menurut seorang Pakar Perubatan Dr Cho, pepijat tidak boleh membawa sebarang penyakit tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif ia boleh mengakibatkan kegatalan.

“Jika kawasan gatal itu digaru dan ia menjadi luka, seseorang itu boleh dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan berkemungkinan turut diberi suntikan.

“Untuk menghalang pembiakan pepijat, ada dua cara yang boleh diikuti oleh orang ramai.

“Pertama, bantal dan tilam yang digunakan bolehlah dijemur secara kerap dan kedua, setiap bahagian penjuru rumah perlu disembur dengan racun pembunuh serangga,” katanya. 

Sumber mynewshub.my

4 Responses to "Warga Emas Tinggal Dengan 10,000 Pepijat Lebih 20 Tahun"

  1. My friends told me that on http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! It really works! (Xqw0x2yIuV)

    ReplyDelete
  2. Just tried http://clashofclanshelper.com/ - I got free Clash of Clans gems here! Get yous too in less than two minutes!! It rocks!!(scCAmGttmb)

    ReplyDelete
  3. If you wanna clash of clans advantage go to http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Everybody uses this now! (STkEsdOpHP)

    ReplyDelete
  4. If you wanna clash of clans advantage go to http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Everybody uses this now! (3uBuVwQk9x)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.