Menerusi hotlips-yuya hari ini, Nelydia Senrose mengakui baru-baru baru ini ada sedikit salah faham dengan Qi sehingga menyebabkan pergaduhan tercetus di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan para peminat
Qi Razali dan pasangannya Nelydia Senrose dikatakan bergaduh sehingga menyebabkan pelakon wanita itu menangis.
Kejadian ini disahkan Nelydia Senrose sendiri yang akui pergaduhan ini berlaku di salah sebuah pusat membeli belah.
Pertelingkahan pasangan kekasih ini juga disaksikan oleh orang awam. Namun hubungan mereka masih lagi kekal sebagai pasangan kekasih dan Nelydia berkata mereka bergaduh tentang isu luar.
Ini kata Nelydia Senrose:
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas.
Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,”
Bergaduh atau berselisih faham mungkin asam garam dalam satu hubungan, namun yang paling penting jalan penyelesaiannya.
Semoga hubungan Qi dan Nelydia bahagia selalu dan cepat-cepat kahwin.
Sumber hotlips-yuya.blogspot.com
0 Response to "Qi Razali dan Nelydia Senrose Bergaduh di Pusat Beli Belah"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.