SEREMBAN – “Lola rindu nak jumpa anak, tapi malu nak keluar kerana takut dicemuh orang.” Itu kata Lolanopita Sadi, 40, ketika menghubungi bekas pengasuh Muhammad Firdaus Dullah, Norfitri Radius, 42.
Menurut Norfitri, setiap dua hari sekali, Lolanopita atau Lola akan menghubunginya untuk bertanya khabar serta bercerita mengenai dirinya yang kini tinggal di suatu tempat tidak diketahui.
Katanya, Lola memberitahu bahawa dia kini berada di sebuah rumah perlindungan yang jauh lebih selamat jika berada di rumahnya di Taman Semarak, Nilai.
“Kali terakhir Lola telefon saya pada malam kelmarin melalui telefon awam, ketika itu saya bertanyakan di mana dia tinggal sekarang ini, namun Lola hanya memberitahu dia tinggal di sebuah tempat perlindungan di sekitar Seremban, dan berada dalam keadaan sihat.
“Lola juga meluahkan hasrat hatinya ingin bertemu serta melihat Firdaus serta anak keduanya itu, namun belum berkesempatan berbuat demikian kerana bimbang dicemuh masyarakat, memandangkan Firdaus kini masih berada di hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Norfitri berkata, Lola mungkin akan bertemu dengan anak-anaknya setelah Firdaus dibenarkan keluar wad serta berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nanti.
“Lola memberitahu, sebaik sahaja dia dibebaskan pada 30 Jun lalu, dia memang berhasrat untuk melihat Firdaus, namun tidak berani kerana takut dihalang. Lagipun hospital adalah tempat awam sudah tentu ramai yang kenal dengannya akan bertindak menghinanya.
“Lola juga adalah manusia biasa yang lemah dan naif, jadi tidak hairanlah jika dia masih belum mampu berdepan dengan masyarakat, sedangkan hendak pulang ke rumah sendiri pun Lola tidak berani,” katanya.
Sehubungan itu, Norfitri berharap supaya kejadian menimpa Lola dapat dijadikan pengajaran buat dirinya, sekali gus memaafkan atas setiap kesilapan dilakukan.
“Lola mungkin ada jawapan serta sebab tertentu mengapa dia bertindak sedemikian, memandangkan sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang penyayang,” katanya.
Sumber mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Brani krn benar..takot krn salah...itu cikgu sy bgtahu sy dulu lah~
ReplyDeleteDekat dinding sekolah sye dulu pun tulis bnda yg sama...
Deleteooo.... si betina sundal ni da pandai ridu anak ye... ini lawak... ko sengaje seksa anak ko smpai jadi mayat idup pastu ko senang2 ckp RINDU ye !!! ape ko rindu nk seksa anak ko tu lg ke musibat ??? mahkamah maafkn n lepaskan kau... tapi masyarakat x kn maaf n x kn lepaskan kau... kau ingt...
ReplyDeleteda cukup baik ke kamu nie?
Deletebila2 masa bila perbuatan kamu masuk kt tv yg tak baik tu..
klu ada yg ckp mcm kamu ckp sekarang nie..
suka tak?
sudah2 laahhh...dia sdh dpt pengajaran dia....x perlu nk maki2 lagi...marah mmg marah...kesal mmh kesal....tp bglah dia peluang utk betulkn kesalahan dia...
DeleteBinatang sayangkan anak ni lebeh pada binatang lagi sayton rupa manusia
ReplyDeleteSetan pon thu jaga keturunan abg..si lola ni xthu nk ckp la ape bende..akal kat lantai agaknye
DeleteBoleh tapi bila nak pergi tu beritahu aku dulu. sebab aku nak belasah ko cukup cukup. niar ko bertukar jadi jantan. dasar betina sial. jalang.
ReplyDeleteceit!!menyampah betul!!and aku xpaham nape si pengasuh ni nak back up sgt si Lola nih???menyibuk je!!
ReplyDeletenapa da cukup baik ke diri tu??? comments org mcm nie???
DeleteLola ni akk ko eh sarah??sbb tahap kebengapan ko an dia sama..kembar eyh?
Deletemcm nie plk 1 malaysia arr???
ReplyDeleteKau apa cerita masuk hal 1malaysia.sekarang ni kalau ko paham sangat konsep 1malaysia tu ko gtaw la ape benda..ni cerita hal org xde hati perasaan bukan cerita hal perpaduan..eyh pompuan ni..akai ada??
DeleteSarah...kamu ni islam ke?
DeleteKesian kt lola..mgsa hukuman masyarakat..seteruk2 dia tu..dia tetap ibu firdaus..
ReplyDeletePenjamin dia pon jamin dia ,
Pengasuh dia pon sokong dia,
tu yg terdekat tu..
diorang 2 tu lg knl lola kan kan..
Jgn jd mgsa manipulasi media suda..
Klo rase
ape yg berlaku kat anak dia tu macam mana? mana hak anak dia sebagai manusia? jgn kata media hebohkan aib dia tapi kita sama2 manusia atas dunia ni x mampu nak tgk adik firdaus ni teraniaya
DeleteAllah maha mengetahui segala-galanya
ReplyDeletebuang yg keruh ambil yg jernih.. ALLAH MAHA BESAR.
ReplyDeleteklau aku jumpa si lola nii .. aku tomoy cukup2
ReplyDeleteALLAH lbh sayang dan suka org yg bertaubat dri insan yg merasa drinya baik,tapi tdak..wallahualam
ReplyDeleteSila Angkat Tangan Siapa yang Dalam Hidupnya Tidak Pernah Minta peluang Kedua Ketiga Untuk Terus Survive??
ReplyDeleteJANGAN KITA JADI TUHAN TERUS MENGHUKUM...BUKAN KERJA KITA,KERJA KITA PERBETULKAN...SALAM