Raja Azmi Mahu ‘Pergi’ Seperti Sharifah Aini Buang Semua Foto Tak Bertudung,

Pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini pada 5 Julai yang lalu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga terdekatnya, tetapi turut terkesan di hati rakan-rakan selebriti yang lain.

Dek kerana itu, penerbit filem terkenal, Raja Azmi bertindak untuk memadam lebih 300 keping gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung semata-mata mahu meninggal dunia dalam keadaan yang tenang seperti Allahyarham Sharifah Aini.

Menerusi laporan mStar Online, Raja Azmi memberitahu bahawa dia mula membuang semua foto-foto tersebut kerana merasakan ia tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.


Raja Azmi turut berkongsi kesedihan ke atas pemergian Allahyarham Sharifah Aini di Instagram

“Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh.

Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya. Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik.”

Bagaimanapun, Raja Azmi tidak menghalang jika gambar-gambarnya yang tidak bertudung digunakan terutama oleh pihak media. Takpe, biar perlahan janji istiqamah.

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Raja Azmi Mahu ‘Pergi’ Seperti Sharifah Aini Buang Semua Foto Tak Bertudung, "

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.