Jika saban tahun, dirinya memang sentiasa sibuk dengan kerjaya seni, jadi kesempatan bercuti panjang sempena hari lebaran digunakan sepenuhnya Aaron Aziz untuk kembali ke pangkuan ahli keluarga tercinta di Singapura.
Tahun ini, Aaron dan keluarga akan beraya di kampung sebelah isterinya, Diyana Halik terlebih dahulu sebelum ke rumah keluarga Aaron di Pasir Ris.
“Kali ini kami beraya di rumah keluarga nenek Diyana terlebih dulu dan selepas itu barulah ke rumah keluarga saya pula. Kami menginap di hotel sepanjang bercuti di Singapura, bukannya kerana tidak suka tinggal di rumah keluarga, tetapi ia kemudahan semua setiap kali pulang beraya,” katanya memetik Harian Metro.
Raya kali ini juga Aaron sekeluarga akan mengayakan persalinan baju Melayu dan baju Kurung tajaan gedung popular Jakel seperti tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup dengan Diyana, aktor popular ini dikurniakan tiga cahaya mata comel yang semakin membesar, Danish Anaqi, 10, Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.
Sumber mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya merupakan peminat kepada aktor ini..
ReplyDeleteEntri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo