CDM25 Pemilik Kerja Kahwin Sdn.Bhd di Serang di Media Sosial

Menerusi www.hasrulhassan.com hari ini Video Wanita Peugeot CDM25 terlajak biadap telah menjadi viral di laman sosial terutama Facebook dan trending di Twitter. Kejadian yang sungguh memalukan ini dirakam oleh salah seorang saksi kejadian dan telah dimuat-naik ke Facebook. Agak malang sekali, apa yang diperlakukan oleh wanita dengan nombor plet kereta CDM25 ini menjadi tontotan seluruh rakyat Malaysia.



Kejadian dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan, dipercayai pada 14 Julai 2014. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jesicca Qi dengan caption tertulis Yesterday at the Kuantan Miss captured a very red == "you help her".




Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi, namun kebanyakkannya menyesali perbuatan atau reaksi yang diperlakukan oleh wanita tersebut. Apa yang dipertunjukan oleh wanita tersebut seperti histeria dan hilang pertimbangan memarahi dan bersikap biadap kepada lelaki tua yang berkali-kali memohon maaf atas ketidaksengajaan yang terjadi.
Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar

Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.

Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd.

Pemilik kenderaan Peugeot ini seorang wanita seperti terkena histeria mengamuk ke arah kereta yang melanggar bahagian belakang keretanya. Lebih menggemparkan ialah wanita itu membawa stereng kereta, mengetuk-ngetuk kereta yang dinaiki seorang lelaki tua berbangsa Cina yang tidak sengaja melanggar dari belakang. Perlakuan wanita itu tidak ubah seperti samseng dan amat memalukan. 

Facebook dan Instagram Kerja Kahwin Dikaitkan Dengan Wanita Peugeot CDM25




Facebook Peribadi Pemilik CDM25 Tutup

Kemungkinan besar Facebook dimiliki oleh wanita ini telah diserang oleh komen-komen dari pengguna lain yang berang dan tidak puas hati dengan apa yang telah diperlakukan oleh pemilik Kerja Kahwin Sdn. Bhd ini. Dan saya fikirlah, tak lama lagi mungkin Facebook Kerja Kahwin juga akan tidak wujud setelah ternampakkan beberapa komen ke fanpage tersebut.

Agak tidak wajar tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut, apatah lagi setelah lelaki tua itu berkali-kali memohon maaf dan menyatakan hasrat akan membayar ganti rugi. Lagipun, kemalangan ini hanyalah kemalangan kecil yang tidak sepatutnya membawa kepada watak histeria wanita pemilik CDM25.


Apa yang boleh dilakukan oleh wanita ini supaya dirinya tidak lagi diserang oleh warga siber ialah memohon maaf atas kesilapannya. Dan saya pasti, seandainya wanita ini mahu kelangsungan bisnes Kerja Kahwin yang dipromosikannya, permintaan maaf secara terbuka amatlah wajar sekali.

18 Responses to "CDM25 Pemilik Kerja Kahwin Sdn.Bhd di Serang di Media Sosial"

  1. Klau berani buat..berani lah tanggung kan..kecian kat uncle tu tau..

    ReplyDelete
  2. Serahun jagung buat biz terus nak BERLAGAK.. pakcik cina tu ntah jutawan pn masih mampu menahan marah dengan suara lembut berkali kali minta maaf. X kaya harta pn pakcik tu ttp kaya dengan sabar dan hemah tinggi.

    ReplyDelete
  3. memalukan perempuan. x hairanlah napa pmpuan ada 1 jer akal. yg lain smua nafsu. baik bukak tudung tu kak.

    ReplyDelete
  4. oooo men..klu dia buat bapak aku mcmtu...aku cili cipap dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapis lha ckit cakap urhh...umum ni kawan...ishh2....

      Delete
  5. Klu ngan aku ko kurang ajar..dah lama pijak..

    ReplyDelete
  6. typo dalam tu, "stereng lock" bukan "stereng"

    ReplyDelete
  7. Kenapalah allah jadikan kau ni manusia, kan bagus dia jadikan ko ni binatang, yang tak kenal erti sabar,memalukan melayu &islam jerla ko nie... Aduhhh

    ReplyDelete
  8. adoii..wat malu je....ko tu br je nk meningkat naik...ntah2 uncle tu lg loaded pd engko sj je x bw keta mahal dy....dh syg sgt keta ko tu,jgn on the road la...bungkus,simpan....

    ReplyDelete
  9. Dlm situasi ni...rasanya baik pi tlg pakcik tu dr tlg dia....

    ReplyDelete
  10. Masuk penjara je hukumnya.

    ReplyDelete
  11. tengok gaya org mcm ni mati hidup balik pun tak akan minta maaf.

    ReplyDelete
  12. Alasan Dia secara terbuka Dlm tv. Nak bayar keta sebulan. 5/6k. Nak aii sebulan byr keta je byk tu? Pergh ni lah melayu. Biaq papa asal bergaya. Baru kena crit Sikit dah sawan.

    ReplyDelete
  13. ape laaa sengkek sangat perempuan ni...calar sikit jee ko ludah ko lap balik elok laa bmper yg calar tu...

    ReplyDelete
  14. permohonan maaf telahpun dibuat. anggap ini sebagai kifarah buat dirinya yang sebelum ini telah menyakiti hati orang lain.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.