Azwan Ali diugut Cincang Hidup-Hidup Jika Jejak Kaki di Bazar Ramadhan

PENGACARA, Azwan Ali menyifatkan tindakannya yang memuat naik status yang menyelar juadah bazar Ramadan di Twitter miliknya, adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan."

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar."

Walaupun dimaki hamun oleh peniaga bazar, dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan anjuran TV9 yang bertempat di Melaka pada hari sabtu lepas.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro."- Tambah Azwan Ali

Bagaimanapun, adik Azman Ali menegaskan apa yang diperkatakan oleh abangnya ada betulnya.

"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.

Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.

"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," katanya. 

Sumber www.siakapkeli.com

0 Response to "Azwan Ali diugut Cincang Hidup-Hidup Jika Jejak Kaki di Bazar Ramadhan"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.