Selfie Terakhir Anak Beranak Sebelum Terbunuh Nahas MH17

Di kalangan 193 warganegara Belanda yang terbunuh dalam nahas udara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ialah pasangan anak beranak, Petra Langeveld dan anak lelakinya, Gary Slok yang berusia 15 tahun.

Anak beranak ini sempat merakamkan gambar selfie mereka sebelum penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, tengah hari Khamis lalu yang dikongsikan Gary menerusi media sosial miliknya.

Petra dan Gary dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti selama beberapa hari di Malaysia.

Namun, impian mereka berdua kini cuma tinggal kenangan apabila kedua-duanya tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke Malaysia sampai bila-bila… 

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Selfie Terakhir Anak Beranak Sebelum Terbunuh Nahas MH17"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.