Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Maki Hamun Orang - Azwan Ali

Mesti ada yang terkejut dengan pendedahan pengacara dan selebriti popular, Azwan Ali yang cukup dikenali kerana mulut lancangnya.

Menurut Azwan yang mendapat jolokan sebagai Diva AA ini, dirinya pernah dibayar ribuan ringgit oleh pihak Astro hanya untuk ditugaskan memaki hamun para peserta program MasterChef Selebriti dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Azwan mengatakan dia tidak kisah dengan cakap-cakap buruk orang mengenai dirinya kerana beranggapan dirinya masih lagi dikurniakan rezeki yang cukup dan tidak putus-putus daripada Allah SWT.

“Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebriti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.

“Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu,” katanya memetik portal Malaysian Digest.

Dalam perkembangan lain, Azwan turut memaklumkan dirinya bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat umrah buat kali ketujuh pada 21 Julai ini. 

Sumber mynewshub.my

3 Responses to "Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Maki Hamun Orang - Azwan Ali "

  1. Meluat aku cri publicity murahan coiiii

    ReplyDelete
  2. Semoga beroleh ibadah yg mabrur....

    ReplyDelete
  3. Berkat ka cari rezeki dgn memaki hamun org lain?? Taubat la jangan tau buat ja!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.