Cha Cha Maembong Kurang Ajar, Hempuk Kepala Pelakon Lain


Terbaca di blog hotlips-yuya.blogspot.com berkenaan Artis baru ini Kurang Ajar, Hempuk Kepala Pelakon Lain
Terkejut juga mendengar laporan dari akhbar Metro tentang artis baru ni. Wartawan Metro, Cik Pang melaporkan pelakon yang sedang meningkat naik, Cha Cha Maembong kurang disenangi oleh orang ramai.



Banyak perkara yang dibuat oleh Cha Cha Maembong yang dikatakan kurang ajar ketika bekerja di set pengambaran.

Baca laporan penuh Cik Pang di bawah:

Cakap pasal hormat, Cik Pang nak tegur sikit pelakon baru muda jelita, Chacha Maembong yang dengarnya ‘kurang sopan’ dengan kru dan pelakon lebih berusia dengannya, sebelum ini.

Sebenarnya ramai juga meluahkan rasa tak puas hati terhadap adik pelakon popular Emma Maembong ini. Malah, bukan sekali dua Cik Pang dengar cerita hampir sama. 

Antara rungutan yang sering melekat di telinga Cik Pang pasal si gadis belasan tahun ini ialah sikap sombongnya dengan pelakon lain dan kru, suka merengek serta manja berlebih-lebihan dengan pengarah. 

Malah, ada juga insiden dia dilihat sengaja menghayun beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai, manakala si pelakon yang menjadi mangsa berpakaian lebih cantik daripadanya. 

Itu belum lagi kisah insiden pernah kehilangan telefon bimbit atas sebab kecuaian sendiri tetapi disalahkan orang lain. 

Paling Cik Pang tak berkenan, lepas buat kesalahan, tak pandai nak ringankan mulut minta maaf atau ada rasa bersalah dalam diri sendiri. Kalau ya pun bukan disengajakan, rasanya tidak salah meminta maaf, kan? 

Terbaru, Cik Pang dengar cerita Chacha mula ditegur beberapa pengarah dan kru kerana tidak menjaga penampilan diri sehingga nampak berisi di skrin. Pendek kata, Chacha nampak gemuk dalam skrin. 

Walaupun isu mahu gemuk atau tidak itu hak individu, tapi kalau orang mula tegur tetapi langsung tidak mahu diendahkan, rasanya ia bukan lagi berkaitan masalah ‘hak’ tetapi lebih kepada masalah sikap ego dan diva tak bertempat. 

Orang mungkin tak kenal siapa Cik Pang secara zahir tapi sebagai pemerhati yang lebih dua dekad berada dalam industri, cuma nak nasihatkan, sebagai orang baru dalam industri seni, kena ada sikap rendah diri dan jangan terlalu bersikap diva melampau hanya kerana nama popular atau sering jadi pilihan stesen TV. 

Bukan apa, kalau orang menyampah tahap ‘dewa’, takut beri kesan pula pada hubungan sesama golongan anak seni kemudian hari. 

Lagipun, sebagai orang muda dan perlu timba lebih banyak ilmu dalam bidang ini, seelok-eloknya ada sikap keterbukaan untuk terima teguran dan belajar daripada kesilapan. - hmetro -

Tunggu jawapan dari pihak Cha Cha Maembong yang juga adik kepada pelakon popular Emma Maembong ini.

Tak best dengar dari satu pihak saja. Betul tak.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

3 Responses to "Cha Cha Maembong Kurang Ajar, Hempuk Kepala Pelakon Lain"

  1. Haku kan klau tgkpompuan nih dlm tv terus aku tutup or tukar channel lain.. Talent? Langsung ke laut.. Xtaulah kenapa pengarah ambik dia... Rupa? Biasa biasa sajerr.... Nih dgn kes kurang ajar lagi langsung aku meluattt... Mungkin blaja xtinggi kot.. Kihkih

    ReplyDelete
  2. bukan cantik sangat pun. biasa la..masih belasan tahun.masih hingusn lagi

    ReplyDelete
  3. Bukan nak kata apa ker nak buka aib org ..secara menegur y sy nampak cha2 nhe mmg manja, rasa mcm gedik pn ada ... mungkin terlalu muda utk fikir diri dy sendiri ...suatu hari nanti pasti dy sedar ..kita doakan y baik2 yer ....

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.