Video : Mat Luthfi Tertekan Dituduh Admin dan Pengendali Amran Fans

Nama Amran pasti ramai terbayang akan kerjaya Oil & Gas beliau yang cukup disegani masyarakat dan Status Merapu tapi penuh makna dan padat. Amran turut diminati beberapa orang selebriti tanah air termasuklah dikaitkan dengan Hanis Zalikha.

Namun sekitar September yang lalu, vlogger terkenal, Mat Luthfi didakwa telah ditahan pihak berkuasa kerana dipercayai individu yang bertanggungjawab mengendalikan laman page ‘Amran Fans’.




Setelah sekian lama berdiam diri dengan kontroversi tersebut akhirnya Mat Luthfi tampil dengan sebuah video yang menghiburkan bagi menjelaskan keadaan. Walaupun baru sahaja sehari di upload ke laman Youtube miliknya, video yang berdurasi selama 5.35 minit itu telah mencecah hampir 47 ribu viewers!

Mat Luthfi menceritakan betapa susah kehidupan dirinya  dituduh sebagai Amran. Mat Luthfi juga turut dipulaukan oleh housematenya. 




Kepada peminatMat Luthfi, jangan lupa dapatkan buku terbarunya Catatan Mat Luthfi yang boleh dibeli secara online melalui BookCafe.com.my. RM20 je

Bagi yang belum berpeluang untuk menonton video Kecelaruan Mat Lu Mat, nah dibawah kami sertakan video terbaru Mat Luthfi untuk tayangan anda. Ingat, Mat Luthfi is Mat Luthfi, Amran is Amran!

Lihat Video di bawah ini



Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Video : Mat Luthfi Tertekan Dituduh Admin dan Pengendali Amran Fans"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.