Safee Sali Mengamuk Di Instagram Kerana Peminat ‘Sound’ Prestasi Menurun

Minat rakyat negara ini terhadap prestasi sukan bola sepak tempatan yang semakin memuncak pada tahun kebelakangan ini adalah satu perkembangan menarik.

Begitu pun sudah jadi adat dalam dunia sukan, caci nista adalah lumrah bermain di bibir penyokong.

Ramai yang mempunyai sikap bila menang bukan main lagi pasukan dan pemain kegemaran disanjung tapi bila kalah, dihina tak cukup tanah!

Antara pemain bola sepak kebangsaan yang menjadi mangsa mentalitili sebegini adalah Safee Sali yang pernah dinobatkan sebagai penyarung ‘golden boot’ pada Piala AFF 2010.

Namun kini apabila prestasi Safee dikatakan semakin menurun maka banyaklah kritikan diberikan. Sesetengahnya mungkin masih boleh dihadapi oleh pemain ini dengan sabar namun bila ada yang menegur terlalu keras sampai tahap memalukan, pemain bola pun manusia biasa yang tahu marah kan?

Contohnya pendapat negatif yang diutarakan peminat bola sepak tempatan di ruangan komen Instagram baru-baru ini, benar-benar membuatkan Safee hangin.

Ia bermula daripada sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram teammsia memaparkan Safee sedang berusaha melepasi pertahanan Thailand ketika perlawanan Piala AFF lalu bertanyakan komen peminat tentang prestasi Safee pada malam tersebut.

Maka banyaklah yang memberi komen termasuk yang agak keterlaluan ayatnya.




Safee terus memberikan jawapan balas:




“Yang komen kat sini pernah ke main bola kat international level.. kalau tak pernah better shut up.. jangan nak perlekehkan usaha orang menjaga maruah negara.. IF YOU SHAME TO SUPPORT HARIMAU MALAYA BETTER YOU CHANGE ANOTHER FLAG..”

Komen ini turut ditandakan Safee dengan nama peminat bola yang telah melemparkan kata-kata negatif kepadanya di ruangan komen gambar tersebut.

Kepada peminat bola sepak tanah air, kami sendiri berpendapat tidak salah untuk menegur pemain kebangsaan yang dilihat semakin meleweh prestasinya, tapi gunakanlah kata-kata berhemah.

Lagi pun tak ada siapa mahu kalah apatah lagi bila ia membabitkan imej negara. Teruskan sokongan kepada Harimau Malaya, mudah-mudahan satu hari nanti Malaysia akan muncul sebagai pasukan yang digeruni lawan.

Sumber mynewshub.cc

0 Response to "Safee Sali Mengamuk Di Instagram Kerana Peminat ‘Sound’ Prestasi Menurun"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.