Berpura-pura Pakai Telekung Seperti Selesai Solat Subuh, Rupanya..

Lakonan seorang remaja perempuan yang memakai telekung kononnya baru selesai menunaikan solat Subuh membuka pintu bilik hotel bagi mengabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan gagal kerana terlupa memakai kain sarung.

Operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau, Kuantan itu menemui remaja berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga bersama pasangannya selepas di serbu pegawai pencegah maksiat semalam.

Pasangannya yang bukan muhrim pula dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

Remaja berusia 21 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang juga berusia 20-an atas tuduhan berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan jam 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan memberikan alasan datang ke bilik pasangan untuk meminjam seterika. Bagaimanapun alasan lelaki itu tidak diterima oleh pegawai JAIP kerana mereka berdua dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, mereka akhirnya menyerah diri dan dibawa ke pejabat JAIL Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com

0 Response to "Berpura-pura Pakai Telekung Seperti Selesai Solat Subuh, Rupanya.."

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.