Akim Bengang Nyanyian Aweknya Stacy Dilabel Macam Cibai

Nampaknya, kontroversi mengenai Stacy yang dilihat ‘gagal’ menyanyikan lagu Cindai, dendangan Dato’ Siti Nurhaliza masih lagi hangat diperkatakan.

Dek kerana itu, ada desas-desus yang mendakwa bahawa teman lelaki Stacy, Akim Ahmad naik berang apabila penulis lirik lagu itu, Hairul Anuar Harun melabelkan nyanyian Stacy seperti cibai.

Malah, menerusi laporan Melodi, Akim menjelaskan bahawa dia sememangnya tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan yang dianggap agak kasar itu.





“Itu adalah satu penghinaan. Ayat yang dia gunakan tu kena eloklah. Saya bercakap bukan sebab nak cakap saya hebat, saya cakap atas dasar kemanusiaan. Mana pergi kemanusiaan tu? Bila dia tulis macam tu, saya hilang respect. Suruh dia selak kamus balik, apa maksud perkataan yang di cakap.

Saya sebenarnya terkejut sangat-sangat bila dia cakap macamtu. Nak cakap sesuatu tu fikir dua tiga kali supaya tak menyakitkan hati orang.

Kalau saya cakap macamni agak kurang ajar untuk dia, apakah impak yang Stacy dapat bila dia pula cakap macamtu. Kalau tak gunakan perkataan cibai tu, ia takkan jadi isu yang besar.”

Bak kata pepatah ‘budi bahasa budaya kita’. Kalau nak menegur pun, kena ikutlah caranya. Well, apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Masih rasa Akim sekadar mahu back up girlfriend?

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Akim Bengang Nyanyian Aweknya Stacy Dilabel Macam Cibai"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.