TERKINI! VIDEO Saat Awal Selepas Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine Didedahkan!!

Sebuah video berdurasi dua minit telah dimuatnaik oleh agensi berita Russia Today (RT) semalam, memaparkan saat-saat awal selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine.

Julai lepas, hanya sebuah video selama 54 saat dikategorikan sebagai rakaman saat-saat paling awal ketika kejadian berkenaan berlaku.

Dalam visual terbaru ini, kelihatan penduduk setempat mengumpulkan baldi air untuk cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan lapang di timur Ukraine sejurus selepas pesawat terhempas.

Pesawat berkenaan yang membawa 298 orang penumpang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Pesawat jenis Boeing 777 itu dipercayai terhempas akibat ditembak peluru berpandu darat ke udara oleh pemberontak Ukraine pro-Russia menggunakan peluru berpandu jenis BUK.

Semua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan terkorban.

Diketuai pasukan penyiasat dari Belanda, kerja-kerja pengumpulan serpihan badan pesawat telah dimulakan semalam, menandakan proses siasatan forensik bagi mengenalpasti punca kejadian berkenaan mulai dilakukan.

Serpihan pesawat MH17 yang dikumpulkan akan dibawa ke Kharkiv, sebuah wilayah yang dikawal kerajaan rasmi Ukraine dan bukan puak pemberontak, sebelum ia diterbangkan ke Belanda untuk proses siasatan

Lihat Video di bawah ini



Sumber mynewshub.cc

0 Response to "TERKINI! VIDEO Saat Awal Selepas Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine Didedahkan!!"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.